Saturday, 9 July 2011

BERSIH 2.0 BERJAYA DI MELBOURNE


SAKSIKAN VIDEO BERSIH DI MELBOURNE

WALAUPUN Bernama melaporkan hanya kira-kira 50 penunjuk perasaan dilaporkan berkumpul di Federation Square, Melbourne dan 10 penunjuk perasaan di Christchurch, New Zealand, namun maklumat yang diterima daripada pelajar Malaysia di Melbourne bahawa jumlah mereka lebih daripada 5,000 orang; tanpa sebarang gangguan daripada pihak berkuasa; sambil bersemangat menyanyikan lagi ‘Negaraku’ dan meneriakkan Daulat Tuanku!.

Anehnya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam satu kenyataan di sini, berkata dengan melihat kepada tindak tanduk mereka yang terlibat dalam perhimpunan haram hari ini, jelas niat dan hasrat mereka adalah untuk menghuru-harakan negara dan mengharapkan diri mereka ditahan bagi menggambarkan kekejaman pihak kerajaan.

"Matlamatnya hanya satu iaitu agar masyarakat antarabangsa mempunyai persepsi negatif terhadap negara ini. Pembangkang mahu agar Malaysia dilihat sebagai tidak stabil dan diakhirnya akan membawa kepada pelbagai kesan termasuk kekacauan terhadap ekonomi dan menjatuhkan kerajaan yang telah dipilih secara demokratik," katanya.

Tetapi kenapa Kerajaan Australia membenarkan rakyat Malaysia di sana berhimpun secara aman, menyanyikan lagu Negaraku dan meneriakkan kata keramat “Daulat Tuanku!” sedangkan rakyat Malaysia tidak dapat melakukannya di Malaysia?


1 comment:

  1. Difahamkan kerajaan UMNO akan tarik balik pinjaman PTPTN daripada pelajar diLuar negara yang telah mengikuti Rally 'BERSIH'... What a lousy tactic!

    ReplyDelete