Saturday 23 July 2011

JALAN JEROCO JALAN JKR, BUKAN KKLW



Oleh : NADZERAH ABDULLAH

MERUJUK kepada tajuk artikel ‘Sampai Bila Rakyat Guna Jalan Kerbau?’, sukacita dimaklumkan, di bawah tempoh NKRA (Januari 2011 – sekarang), sepanjang 1,257 km jalan telah siap dibina dan dinaik taraf, sebanyak 48,277 buah rumah telah menerima bekalan air bersih dan terawat dan sebanyak 30,772 buah rumah telah menikmati kemudahan bekalan elektrik serta 19,493 buah rumah telah berjaya dibaik pulih dan dibina baru bagi penduduk di kawasan luar bandar yang berstatus miskin dan miskin tegar.

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bersama-sama dengan agensi-agensi Kerajaan yang lain sentiasa berusaha memastikan sasaran yang ditetapkan oleh Kerajaan akan dicapai menjelang penghujung tahun 2012.

Bagi projek naik taraf Jalan Jeroco, Lahad Datu, Sabah, ingin dimaklumkan bahawa projek tersebut BUKAN di bawah tanggungjawab KKLW, tetapi di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi kawal selia oleh Pasukan Projek Sabah (PPS). Oleh itu, dakwaan yang dinyatakan adalah TIDAK BERASAS sama sekali.

Sebarang maklumat lanjut tuan boleh menghubungi pegawai KKR menerusi talian 03-27714406, Encik Azlan Mon Jamaluddin - Bahagian Pembangunan KKR. emel: azlanim@kkr.gov.my atau 03-27714718 Encik Sukarno Baharuddin - Bahagian KawalSelia KKR, emel: sukarno@kkr.gov.my .

Kami mengucapkan terima kasih kepada penulis, pengunjung dan blog ini kerana keprihatinan memaparkan hal ehwal luar bandar. Ruang blog ini menjadi medium untuk kita berbicara, berkongsi idea, kritikan dan pandangan membina demi matlamat kita bersama untuk memajukan kawasan luar bandar.

6 comments:

  1. projek naik taraf Jalan Jeroco, Lahad Datu sudah diperjelaskan. ia bukan di bawah tanggungjawab KKLW.

    ReplyDelete
  2. Bagus juga KKLW, dorang tampil juga bagi penjelasan :)

    ReplyDelete
  3. penjelasan seperti ini yang perlu diberikan supaya rakyat tidak salah faham.

    ReplyDelete
  4. Tapi sebaiknya KKLW juga perlu memainkan peranan mereka. Jangan asyik mengelak dan sebagainya. Mungkin benar dibawa KKR tapi KKLW perlu jugalah menangani masalah sebegini.

    ReplyDelete
  5. penjelasan sudah diberikan. apa pun, semua pihak perlu berganding bahu untuk memenuhi keperluan rakyat.

    ReplyDelete
  6. memang sudah saya agak, pihak KKLW pasti akan tampil buat penjelasan. saya harap penjelasan ini cukup untuk memuaskan hati pihak tertentu.

    ReplyDelete