Tuesday, 12 July 2011

JALAN KG GAS BARU SEMAKIN TERBIAR



ROSAK.....Bonney dan rombongan menyaksikan keadaan jalan tersebut yang rosak sekian lama tidak diselenggarakan.

Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto : OLEH SAFFIE S JUMADI

KEROSAKAN Jalan Kampung Gas Baru, Parlimen Batu Sapi yang sekian lama tidak diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menimbulkan pelbagai reaksi, terutama sekali kepada pembayar cukai yang menggunakan jalan berkenaan.

Sabahkini.net yang dihubungi oleh penduduk Kampung berkenaan bergegas pergi ke kampung tersebut terserempak dengan Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Sekong, Bonney Narseso P Juanico yang secara kebetulan dalam rangka lawatannya ke Kampung Gas untuk menyaksikan sendiri keadaan jalan tersebut.

Dalam kenyataannya kepada Sabahkini.net, Bonney memohon jasa baik Ahli Parlimen Kawasan Batu Sapi, Datin Linda Tsen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Datuk Samsuddin Yahya supaya mencari jalan alternatif untuk mengatasi masalah jalan tersebut yang sekian lama dideritai penduduk kampung.

“Kita berterima kasih kepada Kerajaan BN yang sedang menaiktaraf jalan Batu Sapi tetapi mengabaikan penyelenggaraan jalan Kampung Gas Baru adalah tidak wajar,” kata Bonney yang berpendapat rakyat berhak menikmati kemudahan asas yang lebih selesa.

15 comments:

  1. Hope that the road will be approved for developments.

    ReplyDelete
  2. jangan lepas tangan..

    ReplyDelete
  3. MP batu sapi dan YB ADUN, diharap dapat meyelesaikan perkara ini..undi rakyat di kawasan batu sapi lah yang membolehkan kamu bergelar YB..

    ReplyDelete
  4. rakyat memang berhak mendapat kemudahan asas yang lebih selesa..

    ReplyDelete
  5. jalan tersebut yang semakin teruk harus diselenggarakan.

    ReplyDelete
  6. rakyat pun bayar cukai, jadi wajarlah kerajaan menjaga kepentingan hak asasi rakyat.

    ReplyDelete
  7. keadaan jalan ini mungkin lebih baik dari jalan2 kampung di daerah lain. namun, sebaiknya lebih elok jika jalan ini berturap. diharap kerajaan dapat menyelesaikan masalah jalan bukan saja di kawasan Batu Sapi malah di seluruh Sabah ini.

    ReplyDelete
  8. harap jalan tersebut akan diperbaiki demi keselesaan pengguna.

    ReplyDelete
  9. kepentingan dan keperluan rakyat perlulah dijaga dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  10. Hope this matter will get attention.

    ReplyDelete
  11. People's need should be taken into account.

    ReplyDelete
  12. Apa lagi yang boleh diharapkan selain daripada berharap agar j/raya itu dapat diperbaiki demi keselesaan pengguna.

    ReplyDelete
  13. Apapun, tunggu dan lihat sajalah nanti.

    ReplyDelete
  14. bila saya tengok tu gambar, baik dahulukan dulu kampung2 yang lebih memerlukan. ada kampung2 yang jalannya jauh lebih teruk dari ini termasuk kampung saya..

    ReplyDelete
  15. Kita ini selalu terlepas pandang. Jadi mungkin apa yang berlaku tentang jalan ini mungkin masih dalam penelitian.

    ReplyDelete