Friday, 1 July 2011

JKR-JABATAN KENA RASUAH?



Saudara Pengarang,

AKRONIM JKR selama ini bermaksud Jabatan Kerja Raya atau Jasa kepada Rakyat atau Jangan Kerja Rajin? Bagi saya ialah Jabatan Kena Rasuah. Sebagai warga Malaysia yang bertanggung jawap, ingin bertanya kepada Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Labuan; adakah beliau seminggu sekali turun padang melihat keadaan jalanraya dan lampu jalan di sekitar pulau kecil ini?

Kalau Beliau ada turun padang, kenapa lampu jalan di Kampung Sungai Benua ke Kampung Bebuloh tidak berfungsi selama dua minggu?

Jalan tersebut setiap hari digunakan beribu kenderaan menuju ke Taman Mutiara, Belukut, Terminal Shell dan Kg. Bebuloh. Kenapa kontraktor yang membaiki lampu jalan tidak membaikinya?

Kami tidak mahu kontraktor ada membuat tuntutan penyelenggaraan setiap bulan dengan JKR tetapi tidak melaksanakan kerja tersebut. Kami mendesak SPRM agar siasat tuntutan kontraktor ke atas kerja penyelenggaraan jalanraya, lampu jalan di Labuan supaya tiada tuntutan palsu oleh kontraktor.

Yang Benar,

X-MAN LABUAN.

13 comments:

  1. Pihak yang berwajib perlu sentiasa memantau jika terdapat sebarang kerosakan pada lampu2 jalan etc. Jalan yang gelap boleh membahayakan pengguna jalan raya.

    ReplyDelete
  2. Buat aduan rasmi ke SPRM jika ada sebarang keraguan. Kumpul2 bukti dahulu.

    ReplyDelete
  3. SPRM perlu bertindak segera bagi menyiasat kontraktor2 yang dipertanggungjawab dengan kerja2 penyelenggaraan jalan raya.

    ReplyDelete
  4. Pengarah JKR perlu memberi penjelasan berhubung perkara ini.

    ReplyDelete
  5. Jika banyak sangat hal yang diragui, kumpulah segala bukti dan buatlah apa yang patut.

    ReplyDelete
  6. Apapun, ada baiknya jika hal ini diperjelaskan sebelum salah anggap makin berleluasa.

    ReplyDelete
  7. JKR perlu sentiasa memantau keadaan sekitar jalan raya. pastikan setiap jalan selamat dan lampu2 jalan sentiasa hidup.

    ReplyDelete
  8. penjelasan lanjut perlu diberikan berhubung pekara ini.

    ReplyDelete
  9. Harap masalah ini dapat ditangani.

    ReplyDelete
  10. Sebaiknya penduduk perlu melaporkan masalah ini. Bukannya duduk diam saja. Mungkin JKR tidak perasan dengan masalah ini kerana bukan setiap kali JKR akan membuat pemantauan. Jadi harap kerjasama dari penduduk juga perlu.

    ReplyDelete
  11. Hope that this allegation will be investigated.

    ReplyDelete
  12. kalau JKR bertugas pada waktu malam, mungkin boleh la mereka mengesan mana2 lampu jalan yang tidak berfungsi..

    ReplyDelete
  13. harap masalah yang dinyatakan di atas telah ditangani oleh pihak JKR.

    ReplyDelete