Tuesday 19 July 2011

KERAJAAN BN LEBIH KEJAM DARIPADA ISRAEL?


PAPA....Masih ada lagi 'Anak Negeri Sabah' yang bercawat ketika Kerajaan Malaysia mewujudkan ratusan kampung WiFi.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : FRANCISCA CHEW

KERAJAAN Barisan Nasional Sabah disifatkan lebih kejam daripada Israel kerana bertindak merampas tanah adat Anak Negeri Sabah untuk diluluskan kepada konglomerat perladangan sehingga rakyat Sabah menjadi pelarian di negeri sendiri.

Rampasan tanah khususnya di kawasan Pedalaman Sabah yang dilakukan Konglomerat berkenaan dengan subahat Jabatan Tanah dan Ukur semakin menjadi-jadi; tanpa rasa belas kasihan dan perikemanusian terhadap sesama insan.

Senario ini banyak berlaku di kawasan Keningau, Pensiangan, Tongod, Ranau dan di tempat-tempat lain; termasuk di Kampung Bawang dan Kampung Tangkarason di Beluran.

RAMPASAN .... Tayan sedih kerana penduduk kampung rugi besar apabila tanaman kelapa sawit yang ditebang oleh penceroboh tajaan kerajaan.

Seorang penduduk pedalaman dihimpit masalah ini, Jakiy Tayan Taja (gambar sisipan) menghubungi Sabahkini.Net meminta agar isu rampasan tanah di kampungnya didedahkan untuk pengetahuan umum dan menagih simpati rakyat Sabah.

Menurut Tayan, Kampung Bawang diasaskan oleh O.T Linotupan Santopo pada 1946 lagi sebagai penempatan perkampungan untuk orang Sungai di Sugut agar tidak merempat di tanah air mereka sendiri.

Manakala Kampung Tangkarason pula diterokai sebagai penempatan perkampungan pada 1977 oleh Majupi OT Linotupan.

“Tindakan kejam Jabatan Tanah dan Ukur merampas tanah adat yang diusahakan Anak Negeri sejak sekian lama tanpa sebarang pampasan adalah terlalu kejam, seiras dengan Yahudi yang merampas tanah penduduk Palestine di Semenanjung Gaza,” kata Tayan yang meyakini Wakil Rakyat turut bersubahat dengan Jabatan Tanah dan Ukur, meluluskan tanah adat kepada syarikat besar daripada Semenanjung.

Tegas Tayan, Kerajaan dan Wakil Rakyat BN sekarang terlalu mengagung-agungkan dan memelihara Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) daripada membela kepentingan Orang Asal Sabah sehingga bukan sahaja hak mereka dirampas; malah terpinggir serba serbi.

PROTES.... Hanya inilah yang mampu dilakukan Anak Negeri Sabah sebagai membantah kekejaman kerajaan merampas tanah mereka.

Dengan pemilikan lebih 90 % kawasan ladang kelapa sawit oleh Konglomerat daripada Semenanjung Malaysia, kata Tayan, maka hak Anak Negeri semakin terhakis dan sukar ditebus semula; terutama apabila Kerajaan BN membenarkan penggunaan Sijil Anak negeri Palsu.

Katanya Tayan lagi, rakyat Sabah marah kerana sehingga kini seluas 2,465 ekar tanah adat di Kampung Tangkarason telah dirampas oleh syarikat luar dengan izin Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Tanah dan Ukur; namun kerajaan BN mendiamkan isu penting ini.

“Sekarang pemimpin kerajaan BN/UMNO sombong dan bongkak terhadap para penduduk asli tempatan sejak BN/UMNO mempunyai Fixed Deposit 1.2 Juta PATI yang sudah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana PATI adalah sebagai penentu kemenangan UMNO/BN pada pilihanraya umum ke 13 nanti (PRU-13),” ujar Tayan yang kesal kerana tidak ada pemimpin BN yang berani membela Anak Negeri yang ditindas.

8 comments:

  1. Hope that this allegation will be investigate further so that we can get closer to the truth.

    ReplyDelete
  2. Can we find out the date that the forestry ministry approved the lands to the companies, which company get the land?

    ReplyDelete
  3. sebaiknya jika penjelasan lanjut diberikan berhubung dengan pekara ini.

    ReplyDelete
  4. di mana sudah parti2 yang memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat?

    ReplyDelete
  5. hi... francisca, benar kah gambar bercawat ni? macam super-imposed ja..ni!

    ReplyDelete
  6. hak2 anak negeri Sabah harus kita jaga dan pertahankan. jgn biarkan mereka merempat di tanah air sendiri.

    ReplyDelete
  7. Tidak tahulah benar atau tidak gambar itu mungkin ada pun orang asli yang tidak mahu perubahan.

    ReplyDelete
  8. bawa kes ini ke mahkamah..

    ReplyDelete