Thursday, 14 July 2011

KUNJUNGAN LAJIM PENAWAR DUKA



KHABAR...Lajim bertanya khabar ketika melawat Aniah Judin di kampung Darat Menumbok.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

SEKALIPUN sibuk dengan jadual tugas di kementerian dan kawasan yang diwakilinya, namun tidak menghalang Ahli Parlimen Malaysia (Beaufort) Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin meninjau dan menziarahi sendiri rakyat di kawasannya, apalagi ketika mereka ditimpa musibah seperti sakit dan sebagainya.

Bagi Aniah Judin yang menetap di Kampung Darat, Menumbok dan menghidap penyakit ketumbuhan di Paru-Paru dan lumpuh sebahagian anggota sejak setahun lepas, terkesima menerima kunjungan mengejut Lajim ke kediamannya baru-baru ini.

Lajim sempat berpesan kepada Aniah agar bersabar menerima ujian Allah di samping terus mendapat rawatan susulan di hospital kerana sebelum ini Lajim juga ‘terpasung’ di katil hospital dalam tempoh yang begitu lama.

Selepas mengadakan kunjungan ke rumah Aniah, Lajim juga turut singgah di salah sebuah rumah lagi bagi menziarahi Salleh Said di Kampung Darat yang turut lumpuh sebelah badan akibat mengalami tekanan darah tinggi dan serangan angin ahmar.

BERSIMPATI....Hati Lajim runtuh ketika memberikan dorongan kepada Salleh Said semasa mengunjungi beliau di Kampung Darat Menumbok baru-baru ini.

Pada kunjungan ini, selain memberikan ransangan semangat agar mereka bersabar dengan ujian Illahi, Lajim juga turut menyampaikan sumbangan peribadinya kepada mereka yang dilawati.

Lajim turut berharap agar pemimpin masyarakat di kawasan tersebut dapat membawa perkara ini ke Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am bagi memastikan kedua-dua pesakit ini mendapat bantuan yang sewajarnya daripada kerajaan.

No comments:

Post a Comment