MESRA…Lajim diiringi oleh Naib Naib Presiden Haji Roslan, Edris dan setiausaha Agung (PBBS) Awang Anak bersalaman dengan masyarakat setempat sejurus tiba di majlis tersebut.
Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID
MASYARAKAT Bisaya di negeri ini disarankan agar memiliki daya kreatif dan inovatif sejajar dengan perkembangan teknologi dunia bagi memastikan produk yang dihasilkan samaada dari segi budaya, kraftangan, makanan dan sebagainya terus mendapat tempat di pasaran.
Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) Janang Gayuh, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, mereka juga perlu merebut segala peluang serta insentif yang disediakan kerajaan supaya aspek kualiti penjenamaan, pembungkusan, promosi dan pengiklanan produk dapat dipertingkatkan.
Sehubungan dengan itu Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata Adau Janang Gayuh yang dirayahkan setiap tahun oleh masyarakat tersebut bukan sahaja dilihat sebagai wadah untuk memperkukuhkan perpaduan namun ianya boleh dijadikan landasan bagi masyarakat Bisaya memperaga dan memasarkan produk produk yang dihasilkan oleh masyarakat Bisaya bagi mengambil peluang dalam industri pelancungan negara
‘‘Kita perlu berbangga, ramai bangsa kita ini telah berjaya mencipta nama dalam pelbagai bidang termasuklah muzik kulintangan yang sudah bergema di luar Negara, namun dalam masa yang sama kita perlu memikirkan bukan sahaja kita sebagai pemainnya namun perlu menjadi pencipta alat muzik tersebut secara kreatif dan berinovatif,” katanya ketika berucap merasmikan penutupan Adau Janang Gayuh bagi Zon Lumadan di Kampung Kukut Padas Damit, Beaufort, kelmarin.
TUAN RUMAH…Lajim bersama Kamarlin dan barisan ahli majlis tertinggi (PBBS) melakukan undian bagi memilih tuan rumah bagi sambutan Adau Janang Gayuh bagi Zon Lumadan tahun depan setelah Gadong dipilih sebagai tuan rumah sambutan.
Hadir sama Timbalan Presiden (PBBS) Kamarlin Haji Ombi; Naib Naib Presiden PBBS Haji Roslan Muharam; Edris Haji Ali, Isnin Haji Aliasnih; Setiausaha Agung (PBBS), Awang Anak Sani dan Pengerusi Penganjur yang juga Ketua Penerangan (PBBS) Haji Yunus Rajah.
Sehubungan itu, Lajim berharap agar masyarakat Bisaya di negeri ini memperkukuhkan kemahiran dan asas pengetahuan sumber manusia bagi menyokong matlamat menjadikan masayarakat tersebut maju setanding dengan lain lain bangsa di negara ini.
Dalam pada itu beliau turut memperingatkan agar masyarakat Bisaya terus bersatu padu menyokong segala dasar dan program yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional yang turut memberikan impak kepada kemajuan serta kesejahteraan masyarakat tersebut
Katanya, masyarakat Bisaya perlu berbangga dan berterima kasih kepada kerajaan Barisan nasional, ini kerana walaupun masyarakat tersebut merupakan masyarakat menoriti di negeri ini namun turut diberikan peluang dalam pelbagai bidang antara politik, pentadbiran awam dan tidak kurang turut diberikan perhatian dalam aspek pembangunan.
All the best to the Bisayas.
ReplyDeleteMasyarakat Bisaya perlu sentiasa bekerjasama dan berdaya saing yang tinggi untuk memajukan diri.
ReplyDeletemenjelang pilihanraya, wakil2 rakyat sibuk dgn skill-skill dan penjenamaan dgn style tersendiri untuk PRU13 dan selepas menang, tidak akan kelihatan kemari,kesana selama empat tahun.. pikir2 lah..sebelum mengundi dan ketahui lah siapa yg terlalu sibuk menyukat tanah di pendalaman
ReplyDeleteTak kiralah bangsa apapun, semuanya perlu kreatif untuk terus maju ke hadapan.
ReplyDeleteApapun, all the best kepada masyarakat Bisaya:)
ReplyDeleteNot only Bisaya but also other races too.
ReplyDeletesemoga masyarakat Bisaya akan terus maju ke hadapan...
ReplyDeletesemoga seni budaya yang diwarisi oleh masyarakat Bisaya akan diteruskan ke generasi2 yang akan datang.
ReplyDeleteHarap Lajim akan terus dan terus mendekati rakyat. Jangan cuma untuk hari ini, tapi jika boleh selagi menjadi wakil rakyat selalulah mendekati rakyat.
ReplyDeletesemua masyarakt mmg pelru berfikiran kreatif jika ingin maju dan terus ke hadapan.
ReplyDeletejarang sekali kedengaran pemimpin2 pembangkang memberikan nasihat berguna kepada rakyat selain menasihati rakyat untuk menolak kerajaan yang sedia ada. kehulu kehilir berpolitik, tetapi tidak ada apa2pun sumbangannya kepada rakyat.
ReplyDelete