Sunday 3 July 2011

PEMILIK RCH PENGERUSI BARU FINAS?


LANCAR.....Afendi (kiri sekali) bersama Ahmad Idham dan Ismail Ahmad Sobri ketika melancarkan Filem Gerimis Mengundang baru-baru ini.

Oleh : ZARINA JALAL

PEMILIK rangkaian restoran makanan segera tempatan dan juga seorang produser filem, Dato’ Afendi Hamdan dijangka akan dilantik sebagai Pengerusi FINAS yang baru menggantikan Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said; sekalipun ramai pihak membantah kerana bimbang berlaku salahguna kuasa dan bercanggah kepentingan.

Afendi yang disifatkan sebagai Pro –Shafie, sebelum ini merupakan orang kuat ‘Anwar Ibrahim’ sebelum menyertai kumpulan Shafie selepas Anwar dipecat daripada UMNO; merupakan usahawan yang berjaya dalam bidang perniagaan termasuk akuakultur dan perfileman.

Ramai penerbit tempatan kurang berpuas hati dengan berita hangat ini kerana mereka berpendapat Afendi tidak sesuai sebagai Pengerusi FINAS disebabkan beliau turut menerbitkan filem serta album; bimbang peruntukan FINAS sebanyak RM200 juta setahun dipesongkan untuk kepentingan diri dan kroninya.

Afendi yang diakui ramai sebagai rakan karib Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob kini hanya menunggu perkenan menteri berkenaan sebelum dilantik ke jawatan yang menjadi rebutan ramai.

Tegas seorang karyawan Filem yang dikenali sebagai ‘Pak Zak’, adalah tidak wajar Rais melantik tokoh yang terlibat secara langsung dengan penerbitan filem kerana dibimbangi akan berlaku ‘Conflict of Interest’.

Menurut maklumat dalaman, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Kamaruddin Siaraf merupakan rakan akrab Afendi telah mengesyorkan kepada Rais agar Afendi dilantik sebagai Pengerusi FINAS yang baru.

Lebih mengejutkan lagi, dimaklumkan bahawa Afendi telah menemui Rais dan mengesyorkan agar rakan niaganya, Ahmad Idham sebagai Ketua Pengarah FINAS yang baru menggantikan Mohd Mahyidin Mustakim, sekalipun sebelum ini ramai membantah perlantikan Ahmad Idham.

Ketika ini syarikat Afendi, ERAMA Creative Sdn Bhd dan Ahmad Idham sedang membuat pengambaran filem cinta antara dua negara iaitu ‘Gerimis Mengundang’ dengan kerjasama dengan Excellent Pictures dan syarikat produksi prolifik dari Indonesia, Wanna-B Pictures dengan kos RM1.8 juta.

Bagaimanapun, sehingga berita ini ditulis, Rais belum buat keputusan muktamad kerana banyak bantahan diterima daripada karyawan dan Persatuan Karyawan Filem yang bimbang FINAS dijadikan pentas politik.

12 comments:

  1. Thorough consideration must be made.

    ReplyDelete
  2. Jangan ambil jalan singkat.

    ReplyDelete
  3. Lakonan selalu dipentaskan oleh ahli2 politik semenanjung dan sebaliknya. wayang2 porno telah menjadi kegemaran. Tidak hairan lah pelakon2 mendapat dua watak...

    ReplyDelete
  4. Mana2 sajalah. Mahu komen pun susah juga. huhu

    ReplyDelete
  5. Apapun kalau berkelayakan apa salahnya kan. hehe

    ReplyDelete
  6. IF he is qualified, then why not.

    ReplyDelete
  7. betulkah ini atau hanya kahbar angin saja...tunggu dan lihat sajalah.

    ReplyDelete
  8. Takkan FINAS pun mahu dijadikan pentas politik?

    ReplyDelete
  9. Tidak hairan. Apa perkara pun boleh berlaku.

    ReplyDelete
  10. apapun, kita lihat sahaja nnti siapa yang akan dilantik sebagai pengerusi baru FINAS.

    ReplyDelete
  11. bagaimana jika kebimbangan yang disuarakan itu tidak berlaku selepas Afendi menjawat jawatan itu?? Don't judge others, so that you won't be judged..

    ReplyDelete
  12. Maaf tapi Affendi Hamdan ini tidak layak untuk menduduki jawatan tersebut. Dia seorang yang tidak begitu amanah dan byk mempergunakan kuasanya lebih2 lagi ketika menduduki kerusi panas di SKMM.

    ReplyDelete