Wednesday, 13 July 2011

PUNGUTAN SUARA PERJANJIAN MALAYSIA





SABAHKINI.NET sedang menganjurkan Kempen Memungut Pandangan (Pungutan Suara) Rakyat Sabah sama ada perlu atau tidak Mendesak Kerajaan Malaysia dan United Kingdom @ British untuk mengkaji semula Perjanjian Penubuhan Malaysia 1963 yang ditandatangani di London pada 9 Julai 1963.

Pungutan suara ini dibuat secara maya dan akan dicetak sebagai lampiran sokongan kepada Kempen Memungut Tandatangan yang dijalankan oleh Aktivis Masyarakat dan Hak Asasi Manusia, Datuk Patrick Sindu yang dilancarkan pada 9 Julai lalu di Batu Sumpah, Keningau.

Pengakuan: “Bahawasanya, kami yang menurunkan komen di laman web Sabahkini.net adalah mantan warganegara Tanah Jajahan British Borneo Utara (Sabah, Malaysia Timur) ingin mengemukakan saranan dan pandangan yang lahir dari hati suci kami, menggunakan hak warganegara kami, sejajar dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, berhubung kedudukan Perjanjian Malaysia yang ditandatangani pada 9 Julai 1963.

NOTA: Sila nyatakan nama penuh anda, nombor kad pengenalan, tarikh dan tempat lahir, ulasan anda dan email sebenar.















































No comments:

Post a Comment