Saturday 23 July 2011

SESB TAMBAHAN 20MW HUJUNG 2011



SABAH dijangka menerima tambahan kapasiti janaan bekalan elektrik sebanyak 20 Megawatt (MW) berikutan pemeteraian Perjanjian Pembelian Tenaga Elektrik Yang Boleh Diperbaharu (REPA) antara Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan syarikat ECO Biomass Power Sdn Bhd di Wisma SESB, Kota Kinabalu, kelmarin.

Pengarah Urusan SESB Datuk Ir Baharin Din berkata projek bernilai RM164.9 juta itu dijangka dapat dimulakan pada penghujung bulan Disember tahun depan dan seterusnya meningkatkan lagi kapasiti janaan tenaga di Sabah.

“Projek itu merupakan projek biomas keempat di Sabah selepas TSH Power (Tawau), Seguntor Power dan Kinabio Power di Sandakan yang mana masing-masing mempunyai kapsiti janaan sebanyak 10MW,” katanya dalam satu kenyataan di sini Jumaat.

Baharin berkata dalam perjanjian tersebut, syarikat Eco Biomass Power Sdn Bhd bersetuju membekalkan bekalan elektrik yang dijana melalui sisa kelapa sawit (EFB) kepada SESB melalui sistem Grid Sabah selama 21 tahun.

Tenaga yang boleh diperbaharui (RE) merupakan salah satu sumber tenaga dalam Dasar Lima Bahan Api Kerajaan Malaysia selain daripada minyak diesel, hidro, gas dan arang batu.

Mengikut dasar tenaga yang boleh diperbaharui yang sedang berkuat kuasa ketika ini, sasaran penggunaan RE ialah 5.0 peratus daripada jumlah kapasiti janaan negara.

Baharin berkata, sejak 2002, SESB menandatangani lima Perjanjian Pembelian Tenaga yang boleh diperbaharui yang membabitkan Penjana Kuasa Bebas (IPP) dan SESB kini sedang berbincang dengan 10 syarikat lagi untuk membangunkan stesen janakuasa berasaskan tenaga yang boleh diperbaharui seperti biomas, biogas, hidro dan geotermal.

Setakat ini, katanya 32MW telah disalurkan ke Sistem Grid Sabah oleh tiga syarikat yang menggunakan sumber biomas dan satu syarikat menggunakan hidro.

Ini merupakan 2.8 peratus daripada kapasiti janaan yang sedia ada di negeri Sabah berbanding dengan hanya 0.5 peratus pada peringkat kebangsaan, katanya.

Justeru itu, Baharin berkata negeri Sabah kini merupakan peneraju dalam penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui sebagai sumber janaan untuk sistem pembekalan elektrik di negara ini.

Beliau berkata SESB telah menggunakan semua tenaga yang dijana dari stesen janakuasa tenaga yang boleh diperbaharui, sekaligus menunjukkan kesungguhan SESB untuk menyumbang ke arah penggunaan teknologi hijau secara berkesan. (BERNAMA)

10 comments:

  1. baguslah..harap bekalan elektrik akan mencukupi untuk seluruh Sabah dan biarlah mutu perkhidmatan juga akan semakin bertambah baik.

    ReplyDelete
  2. semoga kualiti perkhidmatan bekalan tenaga akan sentiasa meningkat..

    ReplyDelete
  3. harap ia dpt selesaikan masalah gangguan elektrik di Sabah.

    ReplyDelete
  4. bagus tindakkan SESB yang ingin menambah tenaga elektrik untuk Sabah.

    ReplyDelete
  5. saya lebih yakin terhadap sumbangan SESB kearah penggunaan teknologi hijau jika tidak ada lagi penduduk di negeri ini yang masih bergantung dengan bateri plumbum.

    ReplyDelete
  6. Hopefully this will ease the burden of power supply cut in certain areas.

    ReplyDelete
  7. Semoga cara ini dapat mengurangkan masalah bekalan elektrik di bahagian pantai barat.

    ReplyDelete
  8. SESB has done its very best in providing things for the people.

    ReplyDelete