Tuesday 19 July 2011

SHAFIE APDAL TUNJUK BELANG?



Oleh : ZAINIZAM SELAMAT

AKTIVIS Masyarakat dan Hak Asasi Manusia, Datuk Patrick Sindu yang muncul dalam Video Klip bertajuk ‘Shafie Jangan Mimpi Jadi Ketua Menteri!’ di Youtube, menghubugi Sabahkini.net sebentar tadi memaklumkan bahawa beliau menerima SMS ugutan daripada penyokong Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Bagaimanapun, Patrick memaklumkan bahawa beliau tidak bercadang untuk membuat laporan polis kerana berpuluh laporan polis yang dibuatnya sebelum ini, termasuk laporan ugutan dan ancaman, tidak diambil sebarang tindakan dan hanya membuang masa beliau memberi kenyataan di Balai Polis.

“Saya hanya berserah kepada takdir dan saya tetap tegas dengan pendirian saya untuk menggunakan hak saya bersuara dan menegur Menteri KKLW kerana beliau kawan saya,” ujar Patrick yang meminta agar Shafie menasihati penyokongnya agar tidak bertindak liar.

Menurut Patrick, dalam SMS yang dihantar melalui telefon tidak bernombor adalah seperti berikut;

“Patricksindu !! Kau sudah melukai hati dtksafie & kami semua ! selamaini kami fikir kau ini kawanrapat dtksafie, masanya kami membalas perbuatan jahanam kau itu ! kamipun tahujuga siapa disebalik penghinaan ini melalui sabahkini seperti simutalib jahanam itu yg pernah dibantu oleh dtk safie, ingat kau tidak akan terlepas ! ! kita hidup sekalisaja!! “.

Patrick turut memaklumkan bahawa beliau menerima beberapa panggilan telefon daripara telefon awam yang mengugut untuk mencederakan atau membunuh beliau akibat daripada penyiaran video klip berkenaan.

Percubaan Sabahkini.net untuk menghubungi Datuk Shafie tidak berjaya, manakala percubaan Patrick untuk mengesan nombor penghantar dan pemanggil telefon tidak berjaya kerana mungkin dibuat melalui luar negara atau nombor sulit.

Dalam pada itu, Editor Sabahkini.net, Mutalib M.D yang namanya turut disebut dalam SMS ugutan yang dihantar kepada Patrick, ketika dihubungi berkata beliau sudah lali dengan ugutan berkenaan.

"Tugas kita siarkan apa juga kenyataan aktivis masyarakat seperti Patrick sekalipun pahit untuk diterima pihak yang didakwa," kata Mutalib yang mengesahkan Sabahkini.net tidak ada kena mengena dengan sebarang komplot untuk menjatuhkan Shafie sebagaimana yang didakwa Blog Pro-Shafie.

10 comments:

  1. Whatever that is published should not be taken word by word. The people must learn how to judge.

    ReplyDelete
  2. Patrick Sindu have his rights to voice out his opinions and Shafie Apdal supporters have their rights whether to believe or not.

    ReplyDelete
  3. macam-macam isu yang ditimbulkan sekarang ni. pandai-pandailah kita menilai.

    ReplyDelete
  4. entah benar ke tidak cerita ni.

    ReplyDelete
  5. seorang pemimpin juga mempunyai kekurangan dan kelemahan. bila terdapat kritikan daripada rakyat atau pihak2 tertentu seorang pemimpin itu perlu menerima secara terbuka dan cuba memperbaiki kelemahannya.

    ReplyDelete
  6. ancaman seumpama ini merupakan budaya gangsterisma yg diekspotkan oleh Malaya...

    ReplyDelete
  7. berani kerana benar, jadi tampil ke depan dan jelaskan keadaan dan bukannya dengan mengancam nyawa orang.

    ReplyDelete
  8. "SMS yang dihantar melalui telefon tidak bernombor.."

    cowardice?

    ReplyDelete
  9. Inilah orang bila mahukan kuasa sanggup buat apa saja.

    ReplyDelete
  10. kalau sudah ada ancaman atau ugutan bunuh, baik buat laporan polis..

    ReplyDelete