Monday, 11 July 2011

SIAPA LULUSKAN PENUBUHAN KPM DI SABAH?



Saudara Pengarang,

KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) ada mewujudkan Cawangan Pembangunan Negeri Sabah di bangunan lama, Sekolah Maktab Sabah (selepas simpang ke Wisma Tanah Dan Ukur, susur keluar dari Sekretariat) yang tujuan asalnya untuk melancarkan proses pembinaan projek KPM di Sabah.

Tetapi malangnya, mereka tidak mempunyai kuasa autonomi atau locus standi untuk membuat keputusan yang kerana peranan mereka bertindih dengan peranan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

Bahkan kehadiran mereka di sini adalah pembaziran wang rakyat kerana kos tuntutan mereka sebulan di sini sekitar RM6,000 seorang. Kebiasaannya terdapat 8 orang Staf dengan anggaran kasar perbelanjaan tidak kurang RM50,000 sebulan.

Kehadiran mereka hanya membazir wang rakyat kerana peranan ini boleh dilakukan oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Sabah dengan memperkasakan Unit Pembangunan Negeri yang sedia ada.

Selain dari itu, pejabat Cawangan Pembangunan KPM Negeri Sabah ini juga adalah satu pembaziran kerana telah menelan belanja sekitar RM500,000 untuk kerja ubahsuai, namun sekarang tiada staf yang menghuni tempat ini kerana dimaklumkan tiada peruntukan untuk membayar elaun staf dari KPM Putrajaya di sini.

Kalau sudah tahu awal-awal masalah ini akan timbul, kenapa perlu mewujudkan cawangan yang tidak berkuasa ini? Siapakah yang meluluskan pengwujudan Pejabat KPM ini? Adakah ada agenda lain kehadiran mereka di sini? Tidak layakkah JPN Sabah untuk memegang peranan mereka ini?

Di Sabahkini.net boleh sendiri datang melihat gajah putih berhias ini di sini.

Sekian terima kasih,

BENCI PEMBAZIRAN

15 comments:

  1. Hope that investigation can be made.

    ReplyDelete
  2. harap pembaziran seperti ini dapat dielakkan kerana wang tersebut boleh digunakan untuk tujuan lain.

    ReplyDelete
  3. banyak pembaziran wang rakyat dilakukan..inilah akibat tiada perancangan dan ketamakkan..

    ReplyDelete
  4. jabatan pelajaran negeri sudah cukup untuk melaksanakan apa jua projek KPM..

    ReplyDelete
  5. mungkin harus disiasat perkara ini oleh pihak berwajib..

    ReplyDelete
  6. Siasat perkara ini dan buatlah apa yang patut. Jangan dibiarkan saja.

    ReplyDelete
  7. Harap hal ini dapat diselesaikan segera. Jangan tunggu hingga hal ini diperbesarkan baru kelam kabut cari jalan penyelesaian.

    ReplyDelete
  8. lebih baik ia tak perlu ditubuhkan.

    ReplyDelete
  9. Elakkan pembaziran. Cari jalan penyelesaian.

    ReplyDelete
  10. Siasat perkara ini ddengan segera.

    ReplyDelete
  11. there must be a good explanation reason on why it was build there.

    ReplyDelete
  12. I hope the responsible authorities will step forward to give explanation regarding this matter.

    ReplyDelete
  13. penyelesaian perlu dicari agar tidak berlaku pembaziran..

    ReplyDelete
  14. KPM mesti tampil beri penjelasan.. tidak ada apa yang boleh disebunyikan. mahu mengelak, lagi la rakyat yakin KPM telah melakukan pembaziran..

    ReplyDelete
  15. Sebaiknya kuasa pelajaran atau pendidikan perlulah diberikan kepada kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan tidak boleh ikut campur dalam hal pendidikan di Sabah.

    ReplyDelete