BINCANG.....V.K.Liew sedang mendengar keluhan guru sekolah berkenaan berhubung tandas dan makmal sambil diperhatikan Hamid.
Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
BANGUNAN Sekolah Kebangsaan Muhibbah, Sandakan yang sudah berusia 12 tahun kini serba serbi kekurangan prasarana seperti Dewan, Tandas dan Bilik Makmal seharusnya diberi perhatian khusus Kementerian Pelajaran.
Seorang Guru Kanan sekolah berkenaan, Ibrahim Hj Mastar (gambar sisipan) merayu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk V.K.Liew agar dapat membantu untuk mendapatkan peruntukan sama ada melalui peruntukan Parlimen mahupun pihak Kementerian Pelajaran untuk membaik pulih beberapa kerosakan, antaranya astaka perhimpunan, tandas dan bilik makmal .
Katanya, pihak sekolah tersebut sudahpun beberapa kali mengutus surat kepada pihak kementerian berkenaan, tetapi sehingga ke hari ini langsung tiada respon.
“Kedatangan Ahli Parlimen ke sekolah ini memang tepat dan kena pada masanya kerana dapat melihat sendiri lebih dekat lagi segala masalah yang kami hadapi. Jadi amat berharap agar Datuk dapat membantu bagi mengatasi masalah sekolah ini,” rayu Ibrahim.
Sementara Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), Abdul Hamid Sabar (gambar sisipan) mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Malysia (Sandakan) atas kesudiannya menderma sebanyak 400 buah kerusi untuk kegunaan astaka berkenaan dan RM1,400 untuk tabung PIBG.
Hamid berkata, pihak warga sekolah ini sentiasa memberikan sokongan padu dan berdiri teguh di belakang beliau dan memberi sokongan padu terhadap kepimpinannya, terutama sekali pada musim Pilihanraya Umum Ke 13 nanti.
REPUT.....Gelagar bumbung astaka berkenaan kelihatan reput perlu diganti sebelum patah menyembah bumi.
Sejurus selepas lawatannya ke sekolah berkenaan, satu sidang media telah diadakan untuk meminta tindak balas mengenai segala kemuskilan yang terdapat di sekolah berkenaan yang diajukan oleh pihak PIBG dan guru berkenaan.
V.K.Liew yang melihat sendiri lebih 900 murid-murid sekolah daripada pelbagai kelas duduk di atas lantai simen kerana ketiadaan bangku merasa amat terharu dan berjanji akan membawa segala permasalahan ini kepada Menteri Pelajaran untuk mendapatkan peruntukan bagi membina sebuah dewan serbaguna di sekolah ini.
“Saya minta PIBG dan pihak pentadbiran sekolah ini dapat menulis surat kepada kementerian yang berkenaan dan surat tersebut hendaklah melalui pejabat Ahli Parlimen untuk saya membuat surat sokongan selanjutnya,” jelasnya.
“Saya tegaskan sebagai wakil rakyat yang diberi mandat dan dipilih oleh rakyat melalui proses pilihanraya, tidak akan mengabaikan apa juga masalah yang dihadapi oleh rakyat. Mungkin lambat sedikit untuk mendapatkan peruntukan daripada kementerian berkenaan, tapi yang penting kita kena rajin berusaha,” tegasnya.
Hope that allocation will be approved to improve the school building.
ReplyDeleteSemoga masalah ini dapat diatasi dngan segera.
ReplyDeleteHarap hal ini diberi perhatian dan buatlah tindakan sebelum keadaan bertambah teruk.
ReplyDeleteThe people representatives should be more like V K Liew.
ReplyDeleteAction should be made as soon as possible to help this school. Its important for students to study in a comfortable environment.
ReplyDeleteharap keadaan sekolah tersebut akan diperbaiki dengan segera...
ReplyDelete"Katanya, pihak sekolah tersebut sudahpun beberapa kali mengutus surat kepada pihak kementerian berkenaan, tetapi sehingga ke hari ini langsung tiada respon."
ReplyDeleteInilah sebabnya Sabah perlukan kuasa autonomi dalam melaksanakan projek pembangunan berkaitan pendidikan.
Ini yang susah sikit, kerana Peruntukkan pendidik dikawal oleh Persekutuan. Harap Kerajaan persekutuan akan memberikan kuasa untuk kerajaan negeri sepenuhnya dalam pendidikkan di Sabah.
ReplyDeletesekolah tersebut harus dibaiki demi kemudahan dan keselesaan para pelajar dan guru dalam menjalankan P&P.
ReplyDeletesaya yakin Datuk V.K Liew akan berusaha menyelesaikan masalah ini sebagaimana beliau menyelesaikan masalah2 di beberapa buah kampung di kawasan beliau.
ReplyDelete