Saturday 23 July 2011

ZIARAH RAMADHAN MANTAPKAN UKHUWAH



SERAH....Kelihatan Jamawi ketika menyerahkan beberapa buah kotak kurma kepada salah seorang pengerusi masjid semasa majlis tersebut.

OLEH : JAAFAR ABDUL WAHID

HANYA tinggal seminggu lagi masyarakat Islam di negara ini akan menyambut kedatangan bulan Rahmadan Al-Mubarak. Serentak dengan itu Pergerakan Pemuda Umno Tenom telah memulakan programnya dengan menyampaikan sumbangan pergerakan itu kepada beberapa buah masjid dan Surau di daerah Tenom berupa kewangan buah kurma dan sumbangan yang lain.

Ketua Pemudanya, Jamawi Jaafar berkata, program seperti itu merupakan program tahunan pergerakan pemuda Umno bahagian Tenom apabila menjelang bulan Ramadhan dan ini diikuti dengan program Ziarah Ramadan Pergerakan Pemuda Umno Tenom untuk majlis berbuka puasa solat maghrib, isya dan sunat Tarawih; di samping pemuda juga akan membawa penceramah untuk memberikan ceramah agama semasa program Ziarah Ramadhan itu nanti.

"Kita berharap melalui sumbangan ini, segala program sepanjang bulan ramadhan di beberapa buah masjid dan surau, khususnya di daerah ini dapat digerakkan dan ini dengan sendirinya mampu mewujudkan semangat ukhwah di kalangan masyarakat Islam setempat," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan Pergerakan Pemuda Umno Tenom ke beberapa buah masjid dan surau di daerah Tenom di pejabat Pergerakan Pemuda Umno Tenom pagi kelmarin.

5 comments:

  1. Bagusla bah. Amalkan benda yang mendatangkan kebaikan.

    ReplyDelete
  2. pada bulan Ramadan inilah masa untuk kita melakukan kebaikan.

    ReplyDelete
  3. Teruskan usaha untuk mengeratkan hubungan satu sama lain kerana itulah negara kita yang sukakan keharmonian dan kebebaskan berkawan.

    ReplyDelete
  4. semoga amalan ini sentiasa dilaksanakan oleh masyarakat Islam terutama menjelang bulan Ramadan.

    ReplyDelete
  5. program seperti ini baik dan dapat mengeratkan lagi hubungan sesama masyrakat.

    ReplyDelete