TERIMA
KASIH....Salah seorang penuntut daripada SM St Michael menerima dermasiswa
BAKTI yang disampaikan Datin Dr Lindai Lee.
Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
SANDAKAN : Para pelajar yang
mendapat keputusan cemerlang dalam
peperiksaan terpilih mendapatkan bantuan
biasiswa BAKTI pada setiap tahun khusus bagi
membantu mereka untuk meneruskan atau melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat
tinggi.
Dari itu ibubapa disaran
agar menggalakan anak-anak mereka supaya rajin-rajin belajar demi mencapai
cita-cita yang diimpikan kerana orang yang berilmu sahaja hidupnya akan senang
di masa akan datang.
Pengerusi Jawatankuasa Biro
Pendidikan BAKTI Sabah Datin Dr Lindai Lee isteri kepada Timbalan Menteri Di
Jabatan Perdana Menteri Datuk V.K Liew, berkata demikian semasa berucap di
majlis Program Penyampaian Dermasiswa BAKTI 2013 yang diadakan di Pejabat Ahli Parlimen
Sandakan dekat sini kelmarin.
Dalam pada itu seramai 10
orang penuntut Tingkatan Lima (5)
daripada beberapa sekolah
menengah di sini yang terpilih menerima dermasiswa BAKTI sebanyak RM600 antaranya
mereka Mohd Arif Hassanuddin Naan
Sekolah Menengah Vokasional; Jaca Bong Mei Yin SM Konvent St Cecilia,
Amirul Shafique Ali SMJK (C) Tiong Haua; Chu Su Yee SM Sung Siew Nur-Iqlima Roslan
SM St Michael Simmon Leong Chi Keong SM
St Michael; Al-Jeria Abdul SMK Sandakan Bestari; Mohs Herfan Amen Hadara SM St
Mary Sandakan; Tan Poh Keng SMK Muhibbah
Sandakan dan Sarif Al Azhar Indra SMK Datuk Pengiran Galpam.
Kata Dr Lindai, tujuan BAKTI
memberikan bantuan tersebut ada dua
faktor pertama memberikan galakan kepada para pelajar
cemerlang supaya lebih bersemangat untuk
mengejar cita-cita mereka untuk meneruskan pengajian tinggi mereka ke peringkat
universiti dan kedua kepada golongan penuntut
yang kurang berada bagi membantu sedikit
beban yang ditanggung oleh ibubapa mereka.
“Perlu saya ingatkan BAKTI
hanya membantu kepada ibubapa penuntut yang kurang berkemampuan untuk membeli
buku-buku teks rujukan sekolah dan bukan menanggung pembiayaan persekolahan
mereka memang bantuan sebanyak RM600 bukan banyak sangat tetapi dengan berbelanja berhemah saya rasa banyak manfaatnya dengan jumlah
wang sebanyak itu,” tegas Dr Lindai.
Program Dermasiswa BAKTI ini
adalah bagi kali kedua pada tahun 2012
penuntut yang sama semasa mereka dalam tingkatan 4 menerima bantuan yang
serupa sebanyak RM600 daripada pihak BAKTI.
Turut hadir pada majlis
tersebut Ahli Parlimen Sandakan, Datuk Liew Vui Keong.
No comments:
Post a Comment