Sunday 17 March 2013

ANWAR NAFIKAN DIRINYA 'RAJA GOYANG'.








KERUMUN......Datuk Seri Anwar Ibrahim dikerumuni di sesi perjumpaan.

Oleh : MD IZWAN

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan tuduhan blogger pro-Umno yang meletak beberapa gambar individu menyerupai dirinya mengadakan hubungan seks sejenis yang sudah tersebar luas ketika ini.

Dalam artikel yang bertajuk "Aksi Si Raja Goyang" tersebut, beberapa blogger pro-Umno mendakwa gambar tersebut adalah Anwar dan menuduh pemimpin utama PKR tersebut berdampingan dengan lelaki gay.

"Saya menafikan sama sekali tuduhan itu," kata Anwar menafikan selepas ditemui wartawan hari ini dalam satu program anjuran Anwar Ibrahim Club di Hotel One Utama.

Anwar juga menuduh ia adalah satu lagi fitnah jahat dan politik jijik yang digunakan oleh pemimpin Umno untuk memburukkan imejnya serta tidak menolak akan mengambil tindakan undang-undang keatas pihak terbabit menyebarkannya.

"Ia adalah gimik politik jijik oleh Umno... Ia fitnah jijik menjelang pilihan raya.

"Saya belum putuskan akan ambil tindakan undang-undang ataupun tidak, tapi saya akan beritahu peguam saya dan biar beliau putuskan," tambah Anwar yang mengecam keras tindakan tidak bertanggungjawab oleh blogger Umno tersebut.

Anwar di samping itu juga tidak menolak kemungkinan selepas ini pemimpin Umno dan medianya akan mengeluarkan video beliau mengadakan hubungan sejenis ekoran pendedahan gambar pada Khamis lalu.

"Selepas ini confirm keluar video pula," sindir Anwar.

Antara gambar yang dipaparkan di laman seperti rajagoyang.com. Beberapa kepingan gambar tersebut masih lagi berada dalam laman www.rajagoyang360.blogspot.com dan masih boleh lagi boleh dibaca ketika ini.

Gambar-gambar yang dipamerkan tersebut diambil daripada dua sudut berbeza kamera dan menunjukkan dua lelaki dalam keadaan intim termasuk gambar bogel seorang individu yang diambil daripada bahagian belakangnya.

Gambar pertama menunjukkan seorang lelaki dengan berpakaian kemas, berkemeja, berseluar hitam dan memakai kasut memasuki bilik.

Tajuk berjudul "Ketibaan Sang Hero..... RAJA GOYANG", memaparkan seorang lelaki sedang duduk dengan pakaian t-shirt cerah, berseluar pendek dan berselipar sedang menunggu di katil.

Dalam gambar seterusnya bertajuk "Hi!!! Sayang kat ABANG" pula memaparkan pasangan lelaki tersebut berkucupan; gambar bertajuk "Pelukan MESRA dua KEKASIH INTIM; errmmmmm..... RAJA GOYANG sedang GONCANG; KUCUPAN INTIM asmaradana dua KEKASIH" pula memaparkan pasangan lelaki tersebut berpelukan mesra dan gambar terakhir menunjukkan lelaki yang sudah berpakaian penuh sedang berjalan menuju ke katil.

Video yang didedahkan hari ini merupakan yang kedua dituduh keatas Anwar selepas pada 21 Mac 2011 trio "Datuk T" iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah menggemparkan negara apabila mempertontonkan rakaman video seks kepada wakil media di hotel Carcosa Seri Negara.

Anwar juga telah menafikan lelaki itu dalam video tersebut adalah beliau dan membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi pada 22 Mac 2011.

Dalam pada itu, laman portal rasmi PAS iaitu Harakah Daily yang melaporkan tentang pendedahan video seks tersebut awal hari ini telah membuang berita tersebut dikhuatiri atas desakan oleh pihak atasan seperti yang dituduh oleh pihak blogger Umno. (TMI)

No comments:

Post a Comment