BEKAS Ketua Menteri Sabah,
Harris Salleh mendakwa mendapat maklumat bahawa polis menjalankan operasi
merampas dan memusnahkan dokumen pengenalan diri yang diberikan kepada
masyarakat Suluk di negeri itu.
Laporan portal berita Daily
Express menyebut, Harris mengutus surat kepada Menteri Dalam Negeri,
Hishammuddin Hussein agar menghentikan operasi ke atas masyarakat Suluk di
Lahad Datu dan Semporna itu.
Menurut laporan itu, Harris
mendakwa diminta berbuat demikian oleh beberapa orang pemimpin masyarakat
tersebut.
"Pemimpin Suluk ini
melaporkan bahawa polis mengambil kad pengenalan, kad pengenalan mereka dan
dokumen IMM3 (orang Suluk) dan memusnahkannya.
“Ini tidak wajar bagi
pasukan polis Malaysia. Perbuatan ini bertentangan dengan apa jua tamadun yang
diketahui, mahupun dari segi agama, undang-undang dan dasar kerajaan Malaysia,”
katanya seperti dipetik dalam laporan itu.
Harris dalam laporan itu
juga berkata, polis tidak berkuasa untuk memusnahkan apa-apa dokumen Kerajaan
Persekutuan.
“Mereka hanya boleh berbuat
demikian selepas mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara,”
katanya lagi.
Tindakan itu juga akan menimbulkan
lebih banyak permusuhan di antara orang Suluk dan Sabah, tambahnya.
Kenyataannya itu timbul
susulan dakwaan dilaporkan media Filipina mengenai dakwaan pelanggaran hak
asasi yang dilakukan pasukan keselamatan Malaysia dalam operasi di pantai timur
Sabah.
Portal Inquirer Global
Nation pada hari Sabtu lalu yang memetik seorang pemimpin Sulu melaporkan,
pasukan keselamatan Malaysia menyerbu kediaman warga berkenaan di Sabah dan
memusnahkan dokumen tersebut.
Datuk Bandar Jolo, Sulu itu
mendakwa, golongan yang memiliki dokumen yang sah seperti pasport dan dokumen
pengenalan juga tidak terkecuali.
"Dokumen ini didakwa
dikoyak di hadapan mereka," katanya.
Beliau turut mendakwa, warga
berkenaan dipaksa berlari sebelum ditembak.
Menteri Pertahanan, Ahmad
Zahid Hamidi pada hari Selasa lalu dilaporkan menafikan dakwaan berhubung
tembakan berkenaan. (networkedblogs)
No comments:
Post a Comment