SALAM.....Azizah bersalaman dengan penduduk sebaik tiba
ke Kg Luagn Beaufort dalam program Jelajah Salam Sayang.
Oleh
: ABU BAKAR ESAH
BEAUFORT:
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd
Dun berkata hanya parti-parti komponen dalam Barisan Nasional yang telah
terbukti mempunyai ikatan persefahaman yang kukuh dan telah berjaya mengekalkan
perpaduan di negara ini.
Beliau
mengingatkan rakyat bahawa hanya melalui gandingan pemimpin yang mempunyai
persefahaman yang kukuh akan dapat memastikan kesejahteraan negara ini tidak
tergugat.
“Kerajaan
kita sayangkan rakyat. Kita tidak mahu rakyat berpecah belah. Kerajaan BN
sentiasa berusaha memastikan rakyat terus hidup dalam keadaan aman. Justeru itu
BN mahu terus mengekalkan perpaduan yang menjadi tunggak kekuatan negara ini,”
katanya sambil meminta penduduk menolak parti-parti pembangkang.
“Parti
pembangkang tidak bersefahaman jadi bagaimana mereka dapat mentadbir negara ini
dengan baik. Kita khuatir akan berlaku kacau bilau dan kesejahteraan negara
akan tergugat kalau mereka memerintah,” katanya.
Beliau
berkata demikian pada program Jelajah Salam Sayang di Kg. Luagan, baru-baru
ini.
Azizah
yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias seterusnya berkata kerajaan
BN akan meneruskan usaha yang terbaik untuk memenuhi keperluan semua rakyat tanpa
mengira suku kaum dan kepercayaan.
“Tolak
pembangkang, pilihan terbaik untuk kita ialah terus memberi sokongan kepada
kerajaan BN kerana sudah terbukti hanya BN yang mampu memberi kebaikan kepada
rakyat sejak sekian lama,” katanya sambil membidas pelbagai tohmahan yang
dilemparkan oleh pihak pembangkan terhadap kerajaan dan pemimpin BN.
“Parti-parti
pembangkang hanya pandai berjanji itu dan ini tetapi tidak mampu untuk
menunaikan janji mereka. Sehubungan itu jangan sekali-kali kita memberi ruang
kepada mereka untuk bertapak,” katanya.
Pada
majlis anjuran Pergerakan Wanita Umno Bahagian Beaufort itu Azizah menyampaikan
sumbangan kepada warga emas.
No comments:
Post a Comment