KUALA
LUMPUR : Lapan lelaki suspek pengganas dari selatan Filipina hari ini didakwa
di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad
Datu, di sini atas tuduhan keganasan dan melancarkan perang terhadap Yang
di-Pertuan Agong.
Kesemua
lelaki itu yang berumur lingkungan 17 hinggga 66 tahun, didakwa mengikut
Seksyen 130KA Kanun Keseksaan kerana melancarkan keganasan, yang membawa
hukuman penjara seumur hidup, dan Seksyen 121 kanun yang sama kerana
melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong yang membawa hukuman mati
jika sabit kesalahan.
Tiada
pengakuan direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amelati Parnell, yang
bersidang sebagai Majistret.
Pendakwaan
dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar dan Timbalan Ketua
Bahagian Pendakwaan (Polisi) Datuk Nordin Ahmad, kedua-duanya dari Pejabat
Peguam Negara, Putrajaya.
Mohd
Dusuki memberitahu pemberita, kes itu diperintahkan dipindahkan ke Mahkamah
Tinggi Tawau.
Katanya,
kesemua mereka disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah
Khas) (SOSMA) 2012.
Turut
hadir Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Kawasan
sekitar ibu pejabat polis tersebut dikawal ketat oleh anggota keselamatan
bersenjata.
Sejumlah
107 individu telah ditahan di bawah SOSMA dan 243 ditahan di bawah Akta
Imigresen dan Akta Pendaftaran Negara.
Agbimudin
Kiram didakwa telah mengetuai sekitar 200 lelaki bersenjata di Lahad Datu dan
menuntut Sabah untuk Kesultanan Sulu.
Malaysia
telah cuba berunding dengan kumpulan berkenaan namun terpaksa menggunakan
kekerasan apabila mereka enggan berundur.
Sejumlah
62 militan Sulu terbunuh, manakala lapan anggota polis dan dua anggota tentera
turut terkorban dalam pertempuran sebelum ini.
Turut
terbunuh adalah seorang kanak-kanak lelaki yang tidak diketahui identitinya.
No comments:
Post a Comment