KOTA KINABALU : Bekas Ketua
Menteri Tan Sri Harris Salleh berkata dakwaan 500,000 kad pengenalan (KP) biru
diberikan kepada pendatang Filipina dan Indonesia di Sabah pada awal 1990-an
oleh Tun Datuk Mustapha bukan saja palsu, tetapi mengarut.
"Tun Mustapha adalah
seorang yang sangat sibuk. Saya boleh menjamin bahawa beliau, sama seperti
mana-mana pemimpin lain, cuba membantu orang menjadi rakyat negara ini.
Bagaimanapun, ini tidak bermakna Tun Mustapha akan mengarahkan permohonan dan
pengeluaran 500,000 kad pengenalan dengan begitu saja," katanya dalam satu
kenyataan di sini pada Jumaat.
Pertama, Harris berkata Tun
Mustapha tidak pernah dilantik sebagai Ketua Umno Sabah kerana apabila kerana
apabila parti itu melebarkan sayapnya ke Sabah, Tun Sakaran Dandai yang
dilantik sebagai Ketua Umno Sabah.
Kedua, beliau berkata,
mustahil kalau bukan tidak praktik untuk mencari 500,000 orang untuk memenuhi
borang pendaftaran rakyat.
"Ketiga, walaupun
500,000 borang atau permohonan dikemukakan pada Jabatan Pendaftaran Negara, keputusan
muktamad untuk memberi kelulusan terletak dalam tangan Kementerian Dalam
Negeri.
Rekod menunjukkan bahawa
pada 1990 terdapat 543,612 pengundi dan pada 1995 bilangannya hanya kira-kira
646,719; iaitu satu peningkatan 103,107 pengundi.
Oleh itu, katanya, jika apa
yang dikatakan Siti Aminah Mahmud itu benar maka jumlah pengundi pada 1995
sepatutnya sekitar 1,043,612.
"Buat masa ini Sabah
mempunyai 926,638 pengundi seperti dilaporkan oleh The Star. Jadi di manakah
logiknya dakwaan Siti Aminah itu?" katanya.
Siti Aminah yang bekerja
sebagai sukarelawan untuk Allahyarham Mustapha mendakwa dia memaklumkan oleh
beliau bahawa 500,000 KP biru dikeluarkan untuk menjatuhkan kerajaan Parti
Bersatu Sabah (PBS).
Dalam satu sidang media di
ibu pejabat PKR Kuala Lumpur, dia laporkan mengatakan Mustapha memberitahunya,
bahawa ia satu projek Tun Dr Mahathir Mohamad jadi mereka tidak harus bimbang
akan ditangkap.
Angka yang diambil daripada
rekod rasmi jelas menunjukkan bahawa kenyataan Siti Aminah itu palsu dan tidak
benar," kata Harris.
"Cukuplah. Masanya
sudah tiba untuk pihak berkuasa menyiasat semua dakwaan tidak berasas ini
termasuk apa yang dilaporkan dalam akhbar tentang keterangan pelbagai saksi,
untuk kesalahan jenayah, khasnya membuat kenyataan palsu," katanya.
Dalam sebuah negara
berbilang kaum, adalah berbahaya untuk memberi maklumat palsu, khasnya berbaur
perkauman.
"Saya meminta polis
menyiasat semua dakwaan ini, jika tidak benar, mereka yang membuatnya harus didakwa. Ada undang-undang di Malaysia
dalam mana orang seperti ini boleh didakwa.
"Kita tidak boleh
membiarkan orang ini membuat kenyataan sewenangnya tanpa berkata benar atau
mereka hanya mereka hanya mahu membuat kenyataan untuk membangkitkan emosi
orang rami," katanya. (DE)
No comments:
Post a Comment