SOKONG.....
Datuk Douglas No.4 duduk dari kiri manakala Jamain Kalasang No.4 berdiri dari
kiri bersama penduduk Kg Magunsop.
Oleh: JACOB BALANG
KEMABONG: Bekas Setiausaha
Politik (Setpol) Ketua Menteri Sabah dizaman era kerajaan Parti Berjaya Datuk
Douglas Lind mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan pengganas di Kg Tanduo
Lahad Datu yang turut mengorbankan 9 nyawa Pasukan Keselamatan setakat ini kerana
mempertahankan kedaulatan Negara manakala militan 56 orang.
Beliau berkata, tindakan
kerajaan untuk bertindak tegas dengan menggunakan kekuatan kententeraan
memerangi pengganas adalah tepat kerana tiada pilihan untuk mempertahankan
maruah dan kedaulatan Negara.
“Kita tiada pilihan lain
selepas beberapa perundingan dan juga mereka (pengganas) diberi pilihan supaya
meletakkan senjata dan menyerah diri tetapi mereka masih juga memilih untuk
melawan.
“Apa boleh buat, kita
terpaksa berbuat sesuatu mengikut undang undang Negara...akibatnya 56 nyawa
pengganas terkorban yang mendakwa kononnya mereka adalah Tentera DiRaja Sultan
Sulu; sebaliknya adalah palsu,” kata beliau ketika menjelaskan kepada para
penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kg Magunsop, Mukim Tomani dekat sini
pada minggu lepas.
Selain itu, beliau menyeru
rakyat khususnya mereka yang berada di kawasan luar bandar agar tidak mudah
mempercayai khabar-khabar angin yang sengaja diuar-uarkan oleh pihak yang tidak
bertanggung jawab yang antara lain tujuanya untuk menakutkan rakyat.
Di sebalik itu, terdapat
juga khabar angin yang turut mengaitkan Ketua Pembangkang di dalam insiden
pencerobohan tersebut kononnya Ketua Pembangkang itu bersekongkol dengan pihak
musuh juga adalah tidak benar dan bermotifkan politik di mana salah satu taktik
pihak tertentu ketika menjelangnya pilihanraya umum kali ke-13 (PRU13).
Dalam pada itu, Douglas
mengajak para penyokong PKR khususnya di Kg Magunsop agar terus memberi
sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Ketua Umum Parti Keadilan
Dato'Seri Anwar Ibrahim untuk terus memimpin PKR.
Terdahulu, Ketua Angkatan
Muda Keadilan (AMK) Tenom, Jamain Kalasang mengalu-alukan kedatangan bekas
Setpol itu yang telah menyertai PKR tahun lalu di mana kedatangan beliau banyak
menyuntik semangat juang kepada ahli ahli PKR di situ.
Jamain berkata, dengan
pengalaman yang diperolehinya semasa memimpin kawasan itu selaku Ketua Bahagian
Parti Berjaya sekitar tahun 1980an sedikit sebanyak memberi manfaat kepada
masyarakat di situ.
Kini jasanya yang turut
terlibat merancang skim LIGS Kuala Tomani yang banyak memberi faedah ekonomi
lebih 3,000 masyarakat luar bandar sepertimana yang dapat dilihat sekarang
sudah pun dituai dan dinikmat rakyat di situ.
No comments:
Post a Comment