Oleh
: ARSHAD HUSSIN
SEMPORNA
: Pengerusi Fook Siew, Datuk Chao Yan San dan Timbalannya Datuk Chua Ching Wah
diringi dua Ketua Masyarakat Cina, Kapitan Joseph Lo; Kapitan Ong Hang Seng dan
ahlinya turun menyampaikan sumbangan 200 kotak mineral, 30 kotak maggie kepada
IPD Semporna kepada Ketua Polis Daerah Semporna, Mohd.Firdaus Francis Abdullah.
Datuk
Chao yang juga Ketua Masyarakat Cina Kawasan Bubul menjelaskan, sumbangan itu
merupakan tanda sokongan penuh mereka kepada pasukan keselamatan yang sedang
melancarkan Ops Daulat.
Katanya,
semua masyarakat dan rakyat negeri ini khususnya penduduk daerah itu tidak kira
sukubangsa, anutan agama mahupun fahaman politik hendaklah memberikan sokongan
dan berdiri teguh di belakang kerajaan dan bekerjasama dengan pasukan keselamatan
menentang anasir-anasir jahat yang cuba mengganggu-gugat keamanan dan
kedaulatan negara.
Ujarnya,
ini negara kita, mau ke mana lagi kita? Wajiblah kita pertahankan sehingga ke
titisan darah terakhir.
No comments:
Post a Comment