AMANAT.... Kelihatan Roger Stimin menyampaikan amanat
kepada hadirin.
Oleh : JACOB BALANG
TENOM:
Parti Maju Sabah (SAPP) melahirkan kekesalan bahawa insiden pencerobohan
pengganas di Kg Tanduo Lahad Datu baru-baru ini yang turut mengaitkan pemilik
MyKad pada segelintir pengganas itu, kerana jikalau benar berlaku; jelas
merupakan satu petanda buruk kepada sistem pendokumentasian penting Negara ini.
Seharusnya,
hanya rakyat jati Negara ini sahaja yang layak mendapat dokumen diri tersebut,
namun persoalannya mengapa jatuh ke tangan seorang pengganas yang cuba merampas
hak rakyat Negara ini yang telah merdeka dan berdaulat.
Gesaan
itu dinyatakan Ahli Majlis Tertinggi SAPP, Roger Stimin ketika sesi turun
padang bertemu masyarakat dikawasan Kg Batu 90-Baab dihadiri kira-kira seratus
orang dan seterusnya mencadangkan kepada kerajaan agar membatalkan MyKad dan
kewarganegaraan kepada semua pemilik yang meragukan itu setelah menjalankan
penyelidikan rapi ke atas latar belakang mereka.
Namun
demikian, tegas Roger, atas landasan itu SAPP akan memperkenalkan Kad
Pengenalan Sabah sebagai indentiti yang sah bagi penduduk asal Sabah selain
MyKad apabila ditakdirkan akan membentuk kerajaan selepas pilihanraya umum kali
ke-13 (PRU13) kerana selagi MyKad yang sudah tercemar itu diteruskan ramai yang
tidak berhak akan mengambil kesempatan.
“Inilah
hasil keburukkan yang kita hadapi yang dicetuskan berpuluh tahun lalu semata-mata
kepentingan politik pihak tertentu. Kini kita sedang menuai pahit maungnya, terlalu
sakit rakyat menerimanya.
“Kalau
sewaktu dahulu ramai rakyat melarang dan membantah supaya pemberian MyKad dan
kewarganegaraan dibuat mengikut landasan yang betul tetapi ada segelintir
pemimpin enggan menerimanya,” tegas beliau.
Turut
hadir dalam perjumpaan tersebut, Naib Ketua Pemuda SAPP Pusat Rudy Sulaiman
Mairi, Timbalan Pengerusi Parti Star Parlimen Tenom Faisyal Marius Umbul dan
bekas Pengetua Sekolah Menengah Raymond Emus Gintod.
Dalam
pada itu, beliau menggesa pemimpin Barisan Nasional (BN) agar jangan
memperlekehkan perjuangan pembangkang dengan mendakwa bahawa pembangkang tidak
akan mampu menunaikan janji mereka sekali pun diberi peluang membentuk kerajaan
selepas pilihanraya umum kali ke-13 (PRU13).
SAPP
mempunyai misi dan visi yang amat jelas dalam komitmen perjuangannya
sepertimana terkandung didalam pelan transformasi pembangunan tanah, ekonomi,
pendidikan dan pembangunan luar bandar.
Roger
berkata, dalam aspek pendidikan, beliau menjelaskan bahawa bantuan asas bagi
seseorang pelajar yang akan melanjutkan pembelajarannya ke Universiti, SAPP
mencadangkan pelajar itu diberi bantuan asas sebanyak RM2,500 untuk membiayai
kos penerbangan, peralatan asas dan wang saku untuk sementara waktu sehingga
pelajar itu mendapat biasiswa dari kerajaan.
“Kita
juga akan mengkaji pemberian kelulusan geran komunal kepada rakyat dikawasan
kawasan majoriti penduduknya adalah dari masyarakat KDM supaya geran Native
Title (NT) dikeluarkan; manakala status geran komunal kita akan tamatkan kerana
ia banyak meminggirkan anak watan disitu.
“Inilah
sistem yang kita buat bersesuaian dengan konsep dari rakyat kepada rakyat untuk
rakyat...kerana kerajaan SAPP kelak akan bersungguh sungguh menerapkan nilai
nilai murni dalam pentadbirannya untuk mengembalikan semuanya kepada hak rakyat
supaya rakyat tidak akan terpinggir,” tegasnya.
Roger
berkata, apabila pembangkang khususnya SAPP mempamerkan perancangan dan
halatuju parti itu kepada rakyat, perasaan cemburu dan curiga akan melemahkan
mereka (BN) sudah mula menular disanubari mereka lalu tidak ada jalan lain
selain bertindak merendah rendah kewibawaan pembangkang.
Untuk
membuktikan perancangan SAPP itu benar dan membantu rakyat terutamanya mereka
yang berada dibawah paras kemiskinan, berilah SAPP peluang untuk menerajui
kerajaan dan disitu rakyat akan dapt menilainya, tambah Roger lagi.
No comments:
Post a Comment