Wednesday, 6 March 2013

JANGAN PERSENDAKAN NYAWA ANGGOTA KESELAMATAN






BIDAS.....V.K Liew diwawancara media turut membidas kenyataan Tian Chua.


Oleh: SHAIMON S JUMADI          Foto : SHAFIE S JUMADI

SANDAKAN : Timbalan Menteri Di Jabatan  Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong membidas sekeras-kerasnya tkenyataan Naib Presiden Parti KeAdilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang menyifat pertempuran  bersenjata antara Militan dengan anggota pasukan keselamatan yang berlaku di daerah Lahad Datu, Kunak dan Semporna sebagai satu sandiwara politik UMNO/BN.

V.K.Liew menyifatkan dakwaan yang dilemparkan oleh Tian Chua itu seperti kebudak-budakan kerana menganggap peristiwa berdarah yang berlaku sehingga mengorbankan nyawa lapan orang anggota Polis yang mempertaruhkan nyawa mereka demi mempertahankan kedaulatan negara masih dianggap remeh.

V.K.Liew  berkata demikian sejurus selepas menghadiri satu sesi sidang media mengenai isu pencerobohan bersama Ketua Polis Daerah ACP Rowell Marong yang dilangsungkan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Jalan Pantai, dekat sini pagi kelmarin.

Katanya; “Sebagai seorang pemimpin yang mendapat sokongan rakyat seharusnya Tian Chua tidak boleh berkata demikian yang mempersenda-sendakan perjuangan anggota keselamatan kita yang mempertaruhkan nyawa mereka; semata-mata bagi mempertahankan keselamatan nyawa orang ramai dianggap sandiwara."




SUMBANGAN...V.K Liew menghulur sumbangan RM5,000 untuk Tabung Perwira Kebajikan Polis kepada OCP Rowell Marong.


Sepatutnya kata V.K.Liew lagi, parti pembangkang  turut bersimpati dengan 8 wira negara yang telah gugur dalam pertempuran tersebut dan meninggalkan anak isteri yang tersayang; bukan membuat andaian dan cakap yang bukan-bukan.

"Saya tegaskan di sini, polis wajib memanggil Tian Chua ke Balai Polis untuk meminta penjelasan darinya apa motif sebenar beliau berkata demikian dan kenapa mengaitkan kes pencerobohan ini ada kaitan dengan parti politik,” ujarnya.

Sehubungan itu, V.K Liew menasihatkan orang ramai, khususnya penduduk Sandakan agar tidak perlu bimbang kerana keadaan di kawasan Sandakan terkawal rapi dengan pasukan keselamatan; sama ada menjaga keselamatan di darat mahupun di pesisir pantai.

Dalam pada itu, V.K Liew memberikan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada Ketua Polis Daerah untuk tabung perwira dan kebajikan polis.

No comments:

Post a Comment