SKANDAL IC Projek yang
rancak di era 80-an di Sabah telah mengundang pelbagai natijah kepada Sabah
sehingga Kerajaan Persekutuan terpaksa akur dengan desakan rakyat Sabah agar
menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) bagi menyiasat punca dan dalang sebenar
sehingga isu kerakyatan songsang menjadi 'Boomerang' kepada semua parti politik
di Malaysia. Pencerobohan Pengganas Bersenjata di Tanduo membuktikan betapa
mudahnya kedaulatan negara dicerobohi oleh PATI dan anasir subversif. Walaupun
ramai telah tampil di hadapan RCI sebelum ini untuk memberikan penjelasan,
namun kes ini agak berbeza daripada Kes IC Projek sebelum ini. Walaupun belum
ditauliahkan, namun JPN Swasta telah mengubah demografi dan lanskap politik
Sabah. Saksikan VIDEO KLIP khas ini.
No comments:
Post a Comment