Oleh JAHABAR SADIQ
RANCANGAN Sultan Sulu
memasuki Sabah diketahui sejak Ogos tahun lalu oleh penasihatnya yang mendakwa
telah menangguhkah keputusan sebanyak empat kali sebelum memutuskan untuk masuk
pada bulan lepas bagi menyelamatkan pengikutnya daripada 'ditindas' di negeri
Borneo tersebut.
The Philippines Inquirer
melaporkan ahli strategi politik Filiipina, Pastor 'Boy' Saycon mengakui
dirinya sebagai penasihat kepada Sultan Sulu Jamalul Kiram III dalam menuntut
Sabah, mendedahkan cubaan kali pertama untuk memasuki Sabah adalah pada Ogos
diikuti dengan satu lagi pada September 2012.
“Sebelum saya bercakap
dengan raja muda, saya mendengar beliau menentang arahan menyuruhnya berhenti
bertindak apabila pengikutnya di Sabah ditindas dan mereka malu kerana tidak
dapat melakukan apa-apa.
“Beliau membantah terhadap
hukuman kaum Tausug di Sabah. Mereka disebat oleh pasukan polis sebelum
dihantar ke Sulu dan Tawi-Tawi,” kata Saycon yang merujuk kepada adik sultan,
Agbimuddin Kiram yang mengetuai pencerobohan di Sabah.
Saycon, antara individu yang
memainkan peranan dalam pengusiran Presiden Joseph Estrada pada 2001 berkata
selepas Manila menandatangani perjanjian damai dengan Barisan Pembebasan Islam
Moro (MILF) Oktober tahun lalu telah timbul keadaan tegang dalam kesultanan
tersebut tetapi tiada rancangan untuk menawan Sabah disebut.
Kiram khuatir dan kecewa
selepas permintaan mereka kepada kerajaan untuk memasukkan Sabah dalam
rundingan damai dengan Bangsamoro tidak
dipertimbangkan, Saycon dipetik berkata dalam akhbar edisi Ahad lalu.
Cubaan kali ketiga adalah
pada November dan Saycon berkata beliau merayu kepada sultan untuk menghentikan
Agbimuddin daripada pergi.
Cubaan ketiga tersebut
timbul tidak lama kemudiaan selepas Jamalul mengeluarkan arahan 'Perintah
Diraja' membenarkan 'Perjalanan Pulang' Agbimuddin ke Sabah. Perintah tersebut
dikeluarkan semasa mesyuarat antara suku kaum di bandar Zamboanga.
Saycon berkata beliau tidak
mengetahui tentang perintah tersebut sehinggalah sultan memberitahunya.
Beliau menambah suatu ketika
semasa Hari Natal, beliau mendapat tahu Agbimuddin sudah berjaya mengumpulkan
pengikut bersenjata dan bersiap-sedia untuk merentasi masuk ke Sabah.
Namun sekali lagi Saycon
campur tangan dan mengarahkan Jamalul untuk menghentikan rancangan Agbimuddin.
Setiausaha agung Majlis Hal
Ehwal Filipina (Copa) tersebut berkata tindakannya tersebut atas kapasiti
peribadi sebagai penasihat kepada Sultan dan bersetuju untuk menerangkan
penglibatannya dengan kesultanan Sulu selepas ketegangan di Kampung Tanduo,
Lahad Datu menjadi ganas hingga menyebabkan kematian dua anggotan polis
Malaysia dan 12 pengganas.
Pemilik rumah yang dirampas
oleh kumpulan Agbimuddin ketika memasuki Lahad Datu pada 9 Februari juga telah
dibunuh.
“Sebagai seorang penasihat
kepada sultan, saya membantu beliau mengumpul bukti dan dokumen bagi membantu dalam
tuntutan ke atas Sabah kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
“Saya juga membantu beliau
menyusun strategi supaya dia akan dapat menumpukan tenaga beliau kepada usaha
patriotik dan beliau berjanji untuk meneruskannya walaupun menghidapi penyakit
yang berlarutan,” kata Saycon.
Jamalul, 76, menghidap
penyakit buah pinggang dan terpaksa menjalani rawatan dialisis sejak setahun
lalu lagi.
Saycon berkata Jamalul
menjelaskan kepadanya bahawa kesultanan tiada pilihan kecuali melaksanakan
seperti mana yang dituntut oleh rakyatnya.
“Mereka akan hilang maruah
mereka jika gagal melakukannya, kerana ramai pengikut telah menuntut untnuk
merebut kembali Sabah. Itulah tekanan yang dihadapi sultan, “katanya.
Saycon berkata tidak
mempunyai pilihan selain menyokong keputusan sultan tetapi tidak memaklumkan
kepada kerajaan tentang rancangan pencerobohan tersebut memandangkan
kesetiaannya kepada sultan tersebut.
“Saya sudah mengkaji tentang
Sabah dengan mendalam dan saya cabar sesiapa sahaja untuk memberitahu saya
tuntutan tersebut tidak sah dan ia wajar mendapat perhatian penuh bukan sahaja
daripada kerajaan Filipina tetapi juga PBB,” tambah Saycon.
Meneruskan tuntutan ke atas
Sabah menurutnya bukan suatu tindakan yang memalukan. (TMI)
No comments:
Post a Comment