LAPOR....Dato
Jeffry bersama anggota PPS membuat laporan polis mengenai kenyataan biadap Thien Chua.
Oleh : SHAIMON S JUMADI
KOTA KINABALU : Tindakan
Naib Presiden Parti KeADlian Rakyat (PKR)
Tian Chua yang mendakwa tragedi pencerobohan di Lahad Datu yang mengorbankan
dua anggota Polis minggu lalu yang telah mengorbankan 6 anggota Polis, seorang
yang berpangkat Superintendan hanyalah 'sandiwara' UMNO/BN.
Kebiadapan Tian Chua yang
mengeluarkan perkataan sedemikian telah menjadi kemarahan kepada seluruh ahli
UMNO yang ada di muka bumi Malaysia ini kerana memanipulasikan tragedi yang
menimpa di Lahad Datu, Kunak dan Semporna sebagai sandiwara terancang oleh
kerajaan BN/UMNO.
Presiden Pertubuhan Pribumi
Sabah (PPS), Dato Seri Mohd Jeffry Rosman bersama-sama ahlinya telah membuat
laporan polis di Balai Polis Karamunsing Kota Kinabalu, kelmarin dan membantah
sekeras-kerasnya kenyataan liar Tian Chua.
“Saya membuat laporan Polis
ini kerana membantah sekeras-kerasnya kenyataan Tian Chua yang mendakwa tragedi
di Lahad Datu, Kunak Dan Semporna sehingga
meragut nyawa anggota Polis sandiwara tidak masuk akal," kata Jeffry yang
mendesak agar pihak berkuasa menangkap Tian Chua atas tuduhan menghasut.
No comments:
Post a Comment