Oleh : SHAIMON S JUMADI
TAWAU : Presiden Pertubuhan
Pribumi Sabah (PPS) Mohd Jeffry Rosman mengingatkan
penduduk di Tawau supaya jangan mudah mendengar khabar-khabar angin yang di
bawah oleh orang yang tidak bertanggung jawab mengenai kes pencerobohan ini.
"Saya tidak menafikan
memang terdapat di kalangan orang ramai yang suka membuat andaian dan menulis
sembarangan di Laman Sosial seperti di Facebook sehingga dikaitankan dengan
politik dan menakutkan orang awam,” katanya.
Kata Jeffry, ada sesetengah pihak
menyebarkan khabar-khabar angin yang
mengatakan bahawa kononya kumpulan militan akan menyerang Tawau, Sandakan dan Kudat pada bila-bila
masa sahaja selain di Lahad Datu dan Semporna setelah berlaku kejadian tembak
menembak antara pihak berkuasa dengan militan.
"Ekoran khabar angin yang
telah disebarkan oleh orang tertentu
yang kurang bertanggungjawab, ramai penduduk di daerah Sandakan kini
dalam keadaan cemas sehingga ramai yang
membeli banyak beras dan bahan makanan sehingga pasaraya menjadi sesak dan
kehabisan bekalan,” ujarnya.
Jeffry menasihatkan ahli-ahli PPS agar tidak membuat
sebarang spekulasi mengenai hal ini kerana pihak keselamatan seperti telah mengadakan
kawalan ketat sama ada di darat; mahupun di perbatasan negara.
“Saya bagi pihak ahli PPS seluruh Sabah dan bagi pihak
keluarga saya ingin mengucapkan takziah kepada anggota keluarga seramai lapan
orang yang terbunuh kerana mempertahankan kedaulatan negara dan bangsa. Harap
mereka bertenang dan menerima ketentuan Illahi," kata Jeffry sambil
membaca al-Fatihah.
Kata Jeffry, beliau
mendoakan agar kematian lapan orang pejuang dan wira negara akan mendapat
penghomatan yang tidak ternilai harganya daripada kerajaan Malaysia dan agar roh mereka di tempatkan di kalangan orang
yang beriman.
Diminta mengulas beberapa kenyataan yang tersiar di
akhbar-akhbar tempatan dan TV3 yang mendakwa dan mengaitkan kononnya Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah dalangnya mengenai pencerobohan
ini sehingga Anwar akan menyaman akhbar Utusan Malaysia dan TV3, Jeffy enggan memberi sebarang komen.
Jeffry juga mengajak
kepada umat Islam di Sabah agar
mengadakan solat Hajat di masjid dan surau untuk memohon doa kepada Allah supaya negeri Sabah, khususnya
Lahad Datu, Kunak dan Semporna sentiasa selamat dilindungi Allah daripada menerima
bala dan bencana yang tidak diundang itu.
No comments:
Post a Comment