KISAH di bawah adalah kisah
benar yang diceritakan oleh seorang anggota keselamatan yang terselamat. Kini
beliau lumpuh ke dua belah tangannya kerana ditetak oleh pengganas Sulu di
Lahad Datu. Nama beliau terpaksa dirahsiakan atas permintaan.
Kami terlebih dahulu ingin
memohon maaf kepada semua pembaca yang mungkin tersinggung dengan kisah ini.
Namun kami merasakan perlu diceritakan supaya menjadi iktibar kepada semua
bahawa apa yang berlaku bukan satu sandiwara sepertimana yang didakwa oleh
sesetengah pihak.
Dia ditembak, namun dia
bernasib baik kerana tembakan itu tidak tepat kepadanya, sebaliknya tembakan
itu tepat mengena Tuan Ibrahim. Tiba-tiba datang pengganas Sulu dengan parang
lalu cuba menetak beliau beberapa kali. Dia menggunakan tangannya untuk menahan
tetakan menyebabkan jari-jari dan ke dua tangannya hampir putus.
Dia menceritakan bahawa
sebenarnya yang meninggal cukup sifatnya hanyalah Superintendan Ibrahim. Yang
lain semuanya terkorban dalam keadaan yang amat ngeri. Pengganas seolah-olah
hilang ingatan, walaupun ada anggota kita yang telah mati ditembak, tetapi
mereka datang lalu memenggal kepala dan merodok perut mayat dengan parang.
Ada antara mayat anggota
yang dipotong kaki tangannya. Malah dikoret mata jasad yang terbujur kaku itu. Mereka
mahu pastikan musuh mereka benar-benar mati. Zalim dan kejam itu perkataan yang
paling sesuai untuk perbuatan mereka.
Dia bernasib baik kerana
dalam kesakitan itu, dia melarikan diri ke dalam rumah orang kampung. Dia juga
dapat melihat mayat Tuan Ibrahim, diheret oleh seorang anggota yang terselamat
ke dalam sebuah rumah yang lain.
Dua puluh jam dia bertahan
menunggu bantuan sehingga darahnya hampir kering. Dia dapat melihat dengan
jelas bagaimana semut datang menghurung luka-lukanya. ALLAH MAHA BESAR,
diturunkan hujan dan dia hanya minum air hujan itu.
Akhirnya dia diselamatkan.
Kedua-dua belah tangannya yang hampir putus telah dijahit semula. Namun
sehingga kini dia masih tidak dapat menggerakkan tangannya itu.
Airmatanya berlinang. Dia
tidak akan melupakan peristiwa pasukannya diserang hendap tempoh hari. Dia juga
tidak akan melupakan kekejaman yang dilakukan oleh pengganas-penggans itu.
Mereka terlalu zalim.
Al-Fatihah buat
Pejuang-pejuang yang telah pergi menemui Illahi. Semoga arwah ditempatkan di kalangan
para syuhada. (Trengganu Today)
Ya Allah, Engkau hancurkanlah puak zalim itu dengan azab yang lebih dasyat dari apa yang dia telah lakukan.
ReplyDelete