Oleh : NIGEL AW
KETUA Polis Negara, Tan Sri
Ismail Omar berkata seorang remaja ditembak mati ketika pasukan keselamatan
sedang mengesan penceroboh berhampiran zon merah.
Katanya, kejadian itu
berlaku ketika pasukan keselamatan sedang mengesan kumpulan pengganas pada
kira-kira jam 9.45 pagi ini di Kampung Sungai Bilis.
Tiga lelaki dewasa dan dua
wanita dewasa secara tiba-tiba muncul dari kawasan semak dan pasukan
keselamatan dengan serta menahan dan memeriksa kumpulan tersebut.
Ketika pemeriksaan dibuat,
pasukan keselamatan mendengar bunyi dari kawasan semak dan secara spontan
melepaskan tembakan ke arah berkenaan, katanya dalam sidang media di Felda
Sahabat Residence, Lahad Datu petang ini.
Pemeriksaan selepas itu
mendapati, tembakan itu mengenai dua individu.
Seorang remaja dianggarkan
berusia antara 12 hingga 15 tahun ditembak mati manakan seorang lelaki
dipercayai berusia dalam 30-an cedera di kaki.
Ismail berkata polis masih
berusaha untuk memastikan identiti individu terbabit termasuk lima yang
ditahan.
"Mereka tidak memiliki
apa-apa dokumen jadi kita menyiasat dari mana mereka datang dan apa yang mereka
buat di sana," katanya.
Kampung Sungai Bilis
merupakan satu kampung yang terletak dekat Tanjung Batu.
Kesemua tujuh individu
berkenaan, termasuk yang maut dan cedera dikeluarkan dari lokasi berkenaan oleh
satu pasukan medik dengan kenderaan berperisai, katanya.
Kesemua yang ditahan tidak
memiliki sebarang senjata, katanya.
Jumlah berkenaan menjadikan
seramai 62 orang terbunuh sejak krisis itu bermula pada 12 Februari lalu – 53
di pihak penceroboh, lapan pegawai polis dan kini seorang remaja yang masih
belum dikenalpasti.
Dalam perkembangan
berkaitan, Ismail berkata polis turut menahan tiga orang di Kampung Perigi,
Semporna pada pagi ini dan dua lagi di satu kawasan lapang di jalan
menghubungkan Semporna dan Tawau.
Ismail berkata penahanan
berkenaan berhubung kait dengan siasatan kejadian di Kampung Simunul, Semporna
yang mengorbankan enam orang pegawai polis. (MKINI)
No comments:
Post a Comment