GAGAL.....Bekas
Timbalan Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abd Hamid berkata unit risikan
Malaysia tidak berfungsi sehingga sekarang.
Oleh : CLARA CHOOI
PETALING JAYA : Kegagalan
sumber risikan tentera dalam mencegah pencerobohan militan Sulu di Sabah harus
dipersalahkan di atas krisis panjang di negeri Malaysia timur itu, kata bekas
Timbalan Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abd Hamid, kelmarin.
Abdul Ghafir yang kini
merupakan anggota PKR, menyalahkan “campur tangan politik” dalam operasi
perisikan tentera.
Beliau mendakwa sejak
sedekad lalu, Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) lebih memfokuskan
kepada politik dalaman negara daripada mengumpulkan maklumat mengenai ancaman
luar.
“Saya menekankan di sini,
terdapat kegagalan lengkap perisikan. Maknanya, unit risikan kita telah tidak
berfungsi jadi, apabila penceroboh sampai, kita tidak tahu.
“Mengapa ini berlaku adalah
kerana mereka yang bertanggungjawab dalam BSPP, keupayaan kita dari segi
perisikan asing luaran, kekuatan dan aset kita sebaliknya telah digunakan untuk
operasi politik sejak tahun 2000, “katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat
PKR di sini.
Bekas jeneral itu mengatakan
ini telah menyebabkan kegagalan unit tersebut untuk mengesan ancaman luar,
membenarkan penceroboh untuk masuk ke kawasan perairan negara dengan mudah
tanpa disedari atau dikesan.
“Jika unit perisikan gagal,
kita mempunyai pelanggaran perairan kita ... dan kerana perairan di Sabah yang
sangat luas, jika hanya dua atau tiga kapal peronda berada di sana daripada
kuasa maritim kita, saya fikir ia akan menjadi sangat sukar untuk memintas
serangan,” katanya.
Abd Ghafir juga mendakwa
kelambatan membuat keputusan di pihak kerajaan Malaysia pada hari-hari awal
pencerobohan juga telah menjadikan konflik panjang, menyebabkan ada yang terkorban
di Malaysia.
Beliau mengatakan pasukan
keselamatan Malaysia mengambil masa 23 hari sebelum diberi lampu hijau untuk
melancarkan serangan dan ini membenarkan penceroboh Sulu untuk menyusun pasukan
mereka.
Lebih malang lagi, tambah
Abd Ghafir, pendaratan lebih 200 lelaki bersenjata untuk menuntut pemilikan
terhadap Sabah telah digambarkan sebagai dengan lembut sebagai “pencerobohan
bersenjata”.
“Apabila kita gunakan
definasi tersebut, kita mempunyai banyak halangan dari Konvensyen Geneva.
Tetapi ini adalah pengganas bersenjata yang mahu mengambil alih tanah kita dan
mengancam nyawa rakyat kita,” katanya.
Beliau mengatakan kumpulan
bersenjata Sulu yang mendakwa merupakan ahli 'Tentera Di Raja' Kesultanan Sulu,
tidak mendarat di Sabah untuk 'mencuri balak' atau 'mencuri ikan' yang juga
boleh digelar 'penceroboh bersenjata'.
“Jadi kita seharusnya
mengambil tindakan dengan lebih awal. Melabelkan mereka pengganas akan
memberikan kita hak untuk mempertahankan rakyat kita dan sempadan kita tetapi
apa yang berlaku selepas 23 hari, kita hanya bertindak apabila orang kita
terbunuh,” kata Abd Ghafir.
Sembilan hari selepas
pasukan bersenjata Sulu mendarat di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Menteri Dalam
Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengatakan di Twitter kumpulan itu
terdiri daripada lelaki 'kekurangan zat' dan warga tua lelaki menggunakan kain
sarong dan selipar.
“Fakta: Kebanyakkan
penceroboh tua dan kekurangan zat. Pakai sarong? selipar.. hanya beberapa..
mempunyai senjata,” kata beliau di akaun Twitter pada 18 Febuari mengikut
laporan akhbar The Star.
Menteri itu berkata ini
adalah sebab mengapa polis tidak bertindak tegas terhadap penceroboh, yang kini
telah dilabelkan sebagai 'pengganas'.
Menyedari tindakan
berdolak-dalik pihak berkuasa Malaysia menguruskan situasi, Abd Ghafir menuntut
permohonan maaf dari orang yang bertanggungjawab kerana tidak dapat membuat
keputusan pada hari-hari awal pencerobohan.
“Kita mesti mengakui
terdapat kegagalan. Kami sebagai rakyat Malaysia perlu menuntut maaf daripada
kerajaan kerana disebabkan kegagalan mereka, nyawa pasukan keselamatan
dikorbankan,” katanya.
Sejak pertempuran antara
pasukan Malaysia dan kumpulan bersenjata bermula pada 1 Mac, sejumlah 67 orang
telah terbunuh, termasuk 56 militan Filipina, lapan anggota polis Malaysia, dua
tentera Malaysia dan seorang remaja, yang mana kewarganegaraan masih belum
diketahui.
No comments:
Post a Comment