Saudara Editor,
SEBAGAI rakyat Malaysia yang
patriotik, saya ingin mencadangkan untuk kerajaan kita mempertingkatkan
keupayaan dan strategi sedia ada di dalam pemantauan sempadan melalui pergerakan
di laut. Apa yang diperlukan hanyalah memiliki sistem pengesan yang baik.
Di samping sistem radar yang
sedia ada, pihak kerajaan perlu mempertimbangkan penggunaan SONAR BUOY atau
nama lain SONOBUOY iaitu peranti kecil yang diapungkan di permukaan laut dengan
kemampuan mengesan pergerakkan di permukaan atau di dalam air bagi jarak/julat
tertentu.
Ia murah, penggunaan tenaga
dan masa adalah kurang serta berkesan untuk memantau sebarang pergerakkan
walaupun mengguna bot kecil atau bot pancung. Terdapat banyak jenis Sonar bouy,
model, saiz dan kemampuan. Maka terpulang kepada kerajaan untuk memilih yang
sebaiknya.
Beberapa Sonar buoy tersebut
perlu diapungkan dan disauhkan di garis sempadan strategik antara
Sabah-Filipina. Laluan kapal dan bot perlu dikuatkuasa agar sesiapa sahaja yang
melalui laluan yang terlarang, maka buoy tersebut akan memancarkan signal
kepasa ESSCOM (yang bakal dibina di pantai Timur Sabah).
Alat tersebut mampu mengesan
kelajuan, arah dan jenis kapal yang melalui kawasan/julat pengesanan. Dengan
itu pihak berkuasa akan dapat segera memintas menggunakan UAV, helikopter atau
bot pemintas.
Walaupun kita memiliki kapal
selam yang mempunyai keupayaan tersebut, namun bilangan kapal selam masih belum
memadai kerana sempadan Sabah amat panjang. Tidak mudah untuk menjaga perairan
yang sangat panjang. Oleh itu, mungkin pihak kerajan boleh menimbangkan sistem
ini sebagai back-up atau kekuatan tambahan di dalam operasi pemantauan sempadan
yang lebih berkesan.
Terima kasih kepada pasukan
keselamatan kita di atas pengorbanan mereka yang tiada tandingannya. Kami
berasa selamat dengan kehadiran anda. Salute!
Salam Hormat,
AKU ANAK SABAH
No comments:
Post a Comment