Sunday 17 March 2013

TOLAK PEMBANGKANG DEMI KEDAULATAN






PERTEMUAN.....AZIZAH menunjukkan keratan akhbar yang melaporkan pertemuan Anuar dan Misuari kepada penduduk pada program Jelajah Salam Sayang Pergerakan Wanita Umno Bahagian Beaufort di Kg Palu-Palu Kuala Penyu.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

KUALA PENYU: Rakyat mesti menolak pembangkang untuk memastikan negara berdaulatan ini terus harmoni dan berada dalam keadaan aman serta makmur.

Exco Pergerakan Wanita Umno Malaysia, Datuk Azizah Mohd Dun mengingatkan bahawa terdapat gambaran bahawa pemimpin pembangkang menjadi dalam tragedi pencerobohan pengganas di Lahad Datu.

“Kita mesti menyedari bahawa pemimpin ini sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapai matlamat politiknya. Justeru itu kita mesti bersatu menolak pembangkang dan menentang sebarang perbuatan yang menggugat keamanan negara, yang dilakukan oleh pihak pembangkang,” katanya sambil menunjukkan keratan akhbar yang memuatkan gambar dan laporan mengenai pertemuan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari.

Beliau berkata demikian pada program Jelajah Salam Sayang Pergerakan Wanita Umno Bahagian Beaufort di rumah KDM Palu-palu, Awg Anak Yusof Kg Palu-palu, di sini.

Hadir sama, Ketua Penerangan Umno Bahagian, Samin Ongki, Ketua Daerah Kuala Penyu, Raymond Insi dan mantan Naib Ketua Cabang PKR Beaufort, Adnan Matali.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna itu juga menyifatkan pemimpin pembangkang tidak mempunyai simpati terhadap malah sanggup menuduh kerajaan bersandiwara dalam peristiwa yang telah mengorbankan bebera[a anggota pasukan keselamatan negara.

“Mereka langsung tiada rasa simpati. Nyawa anggota keselamatan kita terkorban mereka sanggup mengatakan ini sandiwara, dikala seluruh keluarga dan rakyat negara ini dalam suasana kesedihan mereka masih mengatakan ini wayang Umno/BN,” katanya merujuk kepada kenyataan yang telah dibuat oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Pengerusi PPPS, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin berkaitan pencerobohan pengganas di Lahad Datu.

Azizah juga mengajak penduduk menghayati perjuangan dan pengorbanan pasukan keselamatan yang sentiasa bersedia mempertahankan kedaulatan negara demi kesejahteraan semua rakyat.

Seramai 21 warga emas menerima sumbangan yang disampaikan Azizah pada majlis yang dihadiri 100 penduduk itu.

No comments:

Post a Comment