KUALA LUMPUR: Lim Kit Siang
memberitahu, dua hari lalu beliau telah ditanya sama ada Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Razak akan membubarkan Parlimen pada 11 Mac, jam 11.11 pagi.
“Ini mengingatkan saya
kepada ramalan ‘Enam Satu’ dua tahun lalu, bahawa Najib akan membubarkan Parlimen
pada 11 Nov, 2011 yang mempunyai ‘6 angka 1’, memandangkan ‘11’ merupakan
nombor kegemaran dan nombor ajaib Najib,” ujarnya dalam satu kenyataan,
semalam.
Penasihat DAP Kebangsaan itu
berkata, akan tetapi ‘Enam Satu’ iaitu ‘11.11.11’ telah datang dan pergi, tahun
2011 dan 2012 telah berakhir, dan bermula semalam, Parlimen ke-12 telah
melangkaui lima tahun jangka hayat kebiasaan.
Ini, ujarnya menjadikan
Najib di mata kebanyakan rakyat Malaysia sebagai ‘Perdana Menteri tidak sah’,
terutamanya apabila Najib merupakan Perdana Menteri paling lama tanpa mandatnya
sendiri iaitu hampir empat tahun.
Menurutnya, Malaysia boleh
mencipta sejarah dunia dan masuk di dalam Guinness Book of Records sebagai
negara yang telah berada di dalam keadaan kempen pilihan raya umum untuk hampir
empat tahun sejak Najib menggantikan Tun Abdullah sebagai Perdana Menteri
keenam Malaysia pada 3 April 2009.
Lim menambah, tetapi Najib
masih takut untuk membubarkan Parlimen untuk berdepan dengan pilihan raya
walaupun beliau memperoleh ruang bernafas hanya 48 hari lagi sebelum Parlimen
sekarang terbubar secara automatik pada 27 April mengikut Perlembagaan, tanpa
perlu mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi membubarkan secara rasmi.
“Najib hanya ada dirinya
untuk dipersalahkan sekiranya beliau dianggap sebagai Perdana Menteri ‘tidak
sah’ yang sepatutnya menjadi Perdana Menteri Sementara mengetuai Kabinet
Sementara yang tidak sepatutnya membuat sebarang keputusan besar atau
substantif baik melibatkan dasar, perlantikan, kewajipan berkontrak atau
menyalahgunakan perkhidmatan awam baik pegawai, simber dan dana awam tanpa
berunding dengan oposisi,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur. (Harakahdaily)
tungguh dan lihat sahaja
ReplyDelete