Monday 11 March 2013

POLIS NAFI ANIAYA PENDATANG FILIPINA






KUALA LUMPUR: Pihak polis menjelaskan tiada apa-apa berlaku di Sandakan sekaligus menafikan laporan media Filipina kononnya pasukan keselamatan menganiaya dan membunuh pendatang Filipina di kawasan itu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dilaporkan berkata, operasi pihak keselamatan kini hanya fokus terhadap dua kawasan iaitu Kampung Tanduo dan Tanjung Batu di Lahad Datu, manakala di beberapa kawasan lain pasuknnya hanya menjalankan siasatan biasa.

"Tiada apa yang berlaku di Sandakan, jadi apa yang saya perlu perjelaskan," katanya dalam satu sidang media di Felda Sahabat Residence pagi kelmarin.

Media Filipina semalam termasuk The Philippine Daily Inquirer melaporkan pasukan keselamatan Malaysia mengheret lelaki Filipina keluar dari rumah mereka di Sandakan dan menyuruh individu berkenaan melarikan sebelum melepaskan tembakan ke atas lelaki berkenaan.

Portal itu turut memetik kenyataan Amura Taradji - yang melarikan diri dari Sabah apabila pertempuran bermula baru-baru ini - bahawa pasukan keselamatan Malaysia "mengheret semua lelaki di luar rumah, ditendang dan memukul mereka."

ABS-CBN News pula hari ini melaporkan, Malacanang akan mengarahkan Jabatan Hal Ehwal Luar negara itu menghubungi rakan sejawat di Malaysia untuk mendapatkan kepastian.

Portal itu yang memetik Jurucakap Timbalan Presiden Abigail Valte sebagai berkata, pihaknya menerima laporan pandatang rakyat Filipina di Sabah dilayan tanpa perikemanusiaan oleh pasukan keselamatan Malaysia.

"Laporan ini tidak boleh diterima, itulah sebabnya (Jabatan Hal Ehwal Luar) akan menghubungi rakan mereka dari Malaysia untuk membincangkan perkara ini," katanya. (Harakah-Daily).

No comments:

Post a Comment