LAHAD DATU : Peneroka Felda
bergotong-royong setiap hari menyediakan makanan untuk pasukan keselamatan
terlibat dalam Operasi Daulat bagi membanteras pengganas yang menceroboh negara
di sini.
Pengurus Besar Wilayah Felda
Sabah Juany Salleh berkata setiap hari seramai 50 anggota empat Persatuan Gerakan
Wanita Felda Sahabat di sini bergotong-royong menyediakan makanan bagi
menghargai pengorbanan pasukan keselamatan dalam memastikan keamanan dan
keselamatan penduduk di felda itu terjamin.
Sebanyak 2,000 bungkusan
makanan seperti nasi berlauk ayam dan sayur disediakan setiap hari, dan usaha
ini dilakukan sejak beberapa hari selepas pengganas bersenjata dari Selatan
Filipina menyerang Lahad Datu, katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata selain
makanan, Felda menyediakan empat dewan serba guna di Embara Budi, Fajar
Harapan, Cenderawasih dan Gemala Pura untuk mangsa pencerobohan berteduh secara
percuma.
"Kita juga memberi
keizinan kepada pasukan keselamatan menggunakan beberapa bangunan di kompleks
Felda Sahabat, antaranya bangunan sekolah agama, kompleks pusat latihan Felda
dan kompleks sukan," katanya.
No comments:
Post a Comment