UMAT Islam di dunia terus
menerus mendoakan untuk Malaysia. Jangan kita sangkakan bahawa kita bersendirian,
ramai yang yang menyokong dan mendoakan dari belakang.
Beliau merupakan rakan baik
saya, seorang pelajar berwargenagara Turkmenistan. Mungkin tidak ramai yang
mengetahui tentang Turkmenistan, tetapi secara ringkasnya mereka ini umat Islam
dan Kerajaan Malaysia mempunyai hubungan yang baik dengan Kerajaan Turkmenistan
dan kebanyakan dari mereka belajar di Universiti Petronas.
Namanya Rovshen dan beliau
juga telah mengetahui tentang permasalahan yang berlaku di antara Malaysia dan
pengganas dari Filipina, dia mengatakan bahawa dia juga ingin cuba melakukan
sesuatu untuk umat Islam sekalipun ianya sesuatu yang kecil.
Saya masih teringat
kata-katanya: 'Malaysia sering membantu Negara Islam yang berada di dalam
kesusahan khususnya Palestin, dan sekarang Allah telah menguji Malaysia untuk
melihat sejauh mana kesabaran umatnya dan saya yakin umat Islam di Malaysia
mampu menyelesaikan permasalahan ini dengan baik".
Dan ini pula merupakan mesej
ringkasnya kepada umat Islam di Malaysia. Ianya tertulis di dalam bahasa
Turkmenistan.
"-SABAH- Mereka yang
wafat (askar & polis yang terbunuh) akan ke syurga (Insallah). Saya
mendoakan yang terbaik untuk rakyat Malaysia!!!". - Rovshen Azimov,
Mari/Turkmenistan.
Semoga Allah merahmatinya
dan ahli keluarganya dan mempermudahkan segala urusannya. (Media Malaysia)
No comments:
Post a Comment