SERAH...Hj Sallehudin menyerahkan cek Replika RM3,000 kepada
Musa untuk Tabung Wira Lahad Datu.
Oleh:
SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE
S JUMADI
SANDAKAN
: Sebagai Insan yang prihatin dan mengaku dirinya seorang warganegara Malaysia tulen yang cintakan
kedamaian dan keamanan seharusnya menghargai jasa-jasa kepada setiap anggota
keselamatan sama ada Tentera dan Polis yang sedang menjalankan tugas di
perbatasan; mahupun mereka yang telah gugur di medan pertempuran dengan
musuh-musuh yang tidak diundang demi mempertahankan kedaulatan negara, bangsa
dan agama.
“Terutama
sekali kita amat menyanjung tinggi dan menghargai pengorbanan beberapa orang
anggota keselamatan yang gugur dalam serang hendap dengan penceroboh di Lahad
Datu baru-baru ini; kita bukan sahaja
setakat menghulurkan sumbangan
untuk Tabung Wira.
"Bahkan
turut disusuli dengan Solat Hajat untuk mendoakan mereka agar sentiasa
dilindungi Allah dalam perjuangan bagi mempertahankan negara kita dari terus
diceroboh khususnya pengganas Filipina.
"Bagi
perwira kita yang telah terkorban kita jangan lupa hadiahkan Al-Fatihah, baca
surah Yassin dan juga bertahlil agar roh-roh mereka di tempatkan orang yang
beriman”.
Pengerusi
Persatuan Kontraktor Bumiputera Klas F Sandakan (PKBKFS) Haji Sallehuddin Hj
Anoi berkata demikian kepada Sabahkini.Net dalam satu temubual eksklusif
sejurus selepas menyerahkan sumbangan untuk Tabung Wira Lahad Datu sebanyak
RM3,000 kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman di
kediamannya di Sri Libaran, dekat sini
kelmarin.
Menurut
Hj Sallehuddin, tujuan memberikan sumbangan itu selain sebagai menghargai jasa-jasa
perwira kita yang gugur ketika mempertahankan kedaulatan negara yang diceroboh
oleh pengganas dari Filipina; ia juga untuk meringankan beban yang ditanggung
oleh para balu yang kehilangan suami untuk meneruskan kehidupan mereka.
“Saya
juga merasa bangga kerana NGO, orang perseorangan dan ahli korporat termasuk
para artis tanah air turut tampil menderma untuk Tabung Wira Lahad Datu,”
ujarnya.
Kata
Hj Salehuddin lagi, sebanyak manapun jumlah ratusan ribuan ringgit yang dikutip
untuk tabung berkenaan; namun tidak sama
dengan nilai nyawa yang terkorban semata-mata berjuang untuk mempertahankan
kedaulatan negara bagi menjaga keselamatan
rakyat di Lahad Datu, khususnya di negara ini.
Selain
itu, Hj Sallehuddin turut mempertikai pemimpin pembangkang yang tidak pernah melahirkan
rasa simpati atau menghargai sumbangan dan pengorbanan wira kita yang telah
gugur dalam tragedi tersebut; malahan peristiwa berdarah itu dianggap sebagai
remeh dan sandiwara kerajaan.
No comments:
Post a Comment