JENDERAL Haji Musa Abdulla
adalah sebahagian daripada kumpulan yang mahu menyerang Sabah pada era Marcos,
namun Nur Misuarilah yang menghalangnya.
Musa Abdullah adalah seorang
tentera Filipina yang berpangkat Jenderal dan pernah berkhidmat di Vietnam dan
merupakan Komando MNLF pimpinan Nur Misuari.
Selepas bersara daripada
tentera, Haji Musa tinggal di Simunul Tawi-Tawi, di mana dia terlibat memberi latihan
di kem latihan tentera Sophia Camp.
Di Simunul lah timbulnya
idea satu operasi yang disebut Oplan Merdeka di bawah naungan Royal Sultanate
Force (RSF)-RSF di bawah perintah langsung Jamalul Kiram III.
Melalui Oplan Merdeka
diwujudkan satu unit yang disebut Unit Komando Jabidah yang diketuai oleh Jenderal
Musa dan seorang lagi bernama Ernesto Sambas; mereka berdualah yang mengetuai
pencerobohan Lahad Datu pada 9 Februari 2013 menaiki dua kumpit besar bersama
kira-kira 200 yang lain.
Dalam Oplan Merdeka yang
dilaksanakan melalui operasi Jabidah, Jenderal Musa berkerjasama dengan adik
Jamalul Kiram, Agbimuddin Kiram.
Salah satu perancangan Oplan
Merdeka adalah menghantar penceroboh secara berperingkat ke Sabah dan disertai
warga mas, kanak-kanak dan wanita untuk mengabui mata pihak keselamatan negara.
Selain itu, mereka membeli
beberapa rumah untuk dijadikan sarang, sebelum serangan besar-besaran
dilakukan.
Oplan Merdeka mendapat
pembiayaan daripada pihak-pihak tertentu, dan wang disalurkan ke Tawi-Tawi melalui
perantara di Sabah. Setakat ini, pihak berkuasa Filipina mahupun Malaysia masih
mencari siapa yang memberi dana yang besar kepada Oplan Merdeka.
Perisikan Manila pula mengaitkannya
dengan pemimpin pembangkang negara terutama Anwar Ibrahim.
Banyak kejadian yang
mengarah kepada operasi Oplan Merdeka. Antaranya terkandasnya kapal USS
Guardian di utara Pulau Pahlawan. Kejadian terkandasnya kapal Amerika yang
canggih itu, menyebabkan pengawal keselamatan Filipina bertumpu ke kawasan itu,
sehingga kawasan Tawi-Tawi menjadi kurang kawalan.
Selain itu lawatan mengejut
Duta besar Amerika ke Sabah, serata berlabuhnya kapal perang Amerika di
Sepanggar.
Persoalan yang masih
misteri, bagaimana kewangan yang begitu besar yang disalurkan ke RSF untuk
melaksanakan Oplan Merdeka boleh masuk melalui Sabah? Siapakah yang membawa
wang itu?
Bayangkan jumlah wang itu? Selain
mampu membeli senjata-senjata yang canggih seperti M16 dan pelancar mortar,
juga mampu membeli sembilan buah rumah secara tunai di Kg Sri Jaya, Simunul,
Semporna.
Bukan itu sahaja, dikatakan
setiap komando yang berlayar ke Sabah dibayar USD600 seorang, sebagai upah
untuk menyertai Oplan Merdeka.
Selepas pasukan keselamatan
Negara mengetahui kehadiran kumpulan ini pada malam 12 Februari, pasukan polis
yang diketuai pasukan Komando 69 mengepung kawasan di mana mereka berkumpul,
iaitu Kg Tanduo, Lahad Datu.
Selepas berunding, pasukan
polis menamatkan rundingan pada 21 Februari dan dalam rundingan itu, pasukan
Polis hanya mahu penceroboh itu meninggalkan tanah Sabah secara aman. Kerajaan
Filipina juga menghantar kapal pengangkut kemanusiaan, untuk menjemput pulang
para penceroboh itu.
Masa, ruang, peluang yang
diberikan pasukan polis tidak diambil peduli, sehingga tempoh pengusiran
dilanjutkan sehingga tiga kali.
Perakara yang tidak
diinginkan pasukan polis berlaku pada pagi Jumaat 1 Mac 2013, apabila pasukan
komando 69 diserang dan mengorbankan dua anggota.
Berikutan tindakan kumpulan
yang diketuai oleh Jeneral Musa Abdulla itu, maka pihak polis membalas tembakan
dan berjaya membunuh 12 orang pada hari tersebut.
Berikutan kematian
kawan-kawan kumpulan itu di Kg Tanduo, maka pada 2 Mac, sebahagian daripada kumpulan
mereka membayangkan diri di Kg Sri Jaya Simunul Semporna, di mana sebelum ini
mereka bersarang di kampung itu dan bergaul dengan penduduk, malah ketua mereka
dipanggil 'Imam'.
Ekoran kehadiran mereka di
Kg Sri Jaya Simunul diketahui oleh penduduk, maka sepasukan polis datang ke
kampung itu pada petang 2 Mac, namun kedatangan pihak polis disambut dengan
serangan hendap, mengorbankan enam anggota polis.
Berpunca daripada dua
kejadian inilah, pasukan keselamatan negara bertindak. Pada 5 Mac, serangan berskala
besar dilakukan.
Hasil serangan berskala
besar itu, sejumlah pengganas maut, dan sehingga kini 53 telah maut dan seorang
budak remaja yang mati semalam, di Kg Tanjung Batu.
Sejak operasi berskala besar
yang bermula pada 5 Mac, dikhabarkan seorang Jeneral telah maut, dan mungkin
Haji Musa Abdulla, kerana menurut keluarganya di Tawi-Tawi, sejak itu, sehingga
kini belum ada berita mengenainya. (Orange Sky).
No comments:
Post a Comment