Tuesday 12 March 2013

3 PENGGANAS DAN SEORANG TENTERA TERBUNUH






AL-FATIHAH......Takziah buat keluarga Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Bin Ismail yang gugur dalam serang hendap di Sungai Nyamuk demi mempertahankan tanah air. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang beriman dan para syuhada.

LAHAD DATU : Pengganas Sulu di Lahad Datu telah berjaya menembak mati Prebet Ahmad Hurairah Bin Ismail dalam kejadian serang hendap pagi tadi walaupun sempat diterbangkan ke Hospital Sandakan.

Dalam serang hendap di ZL 10, Sungai Nyamuk awal pagi tadi, tiga pengganas telah berjaya ditembak mati, manakala dua lagi cedera dalam kejadian sekitar jam 10.34 pagi tadi.
Menurut saksi, beberapa beberapa siri berbalas tembakan telah berlaku yang menyaksikan akhirnya 3 pengganas terbunuh, manakala dua lagi pengganas yang cedera dapat melarikan diri; manakala anggota tentera dikejarkan ke Hospital Duchess of Kent di Sandakan dengan Helikopter tetapi dikhabarkan meninggal dunia.

Dilaporkan bahawa tembak menembak masih berlaku. Berita lanjut menyusul.

Sumber : Kelab Penyokong PDRM

No comments:

Post a Comment