Sunday, 17 March 2013

SOKONG KERAJAAN JIKA INGIN KEMAKMURAN






HADIAH....Terima kasih salah seorang peserta menerima hadiah daripada Masiung.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

KUAMUT : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Kawasan Kuamut  Masiung Banah menyeru rakyat di negara yang inginkan kemakmuran dan keamanan seharusnya menyokong dasar-dasar kerajaan bagi meneruskan agenda pembangunan negara.

Dari itu, kata Masiung, rakyat disaran agar tidak mudah terpengaruh oleh dakyah-dakyah songsang yang dilemparkan oleh parti pembangkang yang berniat jahat untuk memecah belahkan perpaduan rakyat yang  sentiasa terjalin sekian lama.

Katanya, hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mampu menyatupadukan hubungan rakyat yang berbilang kaum tanpa mengira  bangsa, agama dan budaya dapat bekerjasama erat antara satu sama lain.

Disebabkan pembangkang sudah kehabisan modal untuk menyesatkan buah fikiran rakyat bagi meraihkan sokongan perjuangan parti mereka yang sia-sia itu, maka Naib Presiden Parti KeAdilan Rakyat (PKR), Tian Chua tergamak menyelar bahawa insiden pencerobahan  yang bergolak  di Lahad Datu dan Semporna; walaupun hakikatnya telah mengorban 10 orang anggota keselamatan, sebagai 'sandiwara' kerajaan.

Apapun tambah Masiung,  kita bersyukur di atas ketegasan kerajaan kerana telahpun mengambil tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan terhadap Tian Chua yang berkelakuan biadap itu kerana sedikitpun tiada perasaan simpati kepada keluarga-keluarga mangsa tragedi tersebut.

Masiung berkata demikian semasa berucap di majlis perasmian Kejohanan Olahraga Tamasa Balapan dan Padang MSSD Kinabatangan yang ke 53 tahun yang dilangsungkan di Padang SMK Bukit Garam dekat sini, kelmarin.

Mengenai kejohanan Tamasa Balapan ini, jelas Masiung,  sememangnya sudah menjadi tradisi pada saban tahun majlis seumpama ini diadakan dengan tujuan untuk menyuntik semangat kepada para penuntut yang cendorong dalam bidang kesukanan agar lebih aktif dan proaktif lagi.

“Mula daripada padang dan gelanggang sekolahlah maka lahirnya atlet berbakat dalam bidang sukan sehingga mengharumkan  nama  sekolah dan daerah masing-masing apabila mereka menjulang kejayaan di peringkat negeri dan nasional,” tegas Masuing.

“Saya rasa terharu dan gembira kerana MSSD Kinabatangan yang ke 53 tahun ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan di luar jangkaan ini; telah menunjukkan kesedaran terhadap warga sekolah betapa pentingnya mengambil bahagian dan menyertai kejohanan balapan ini,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment