MANILA:
Sultan Sulu Jamalul Kiram III mengakui beliau adalah sultan paling miskin di
dunia. Istana Kiram hanyalah rumah dua tingkat di kota Manila, Filipina.
Lahir
di Sulu pada 1938, Kiram merupakan
seorang pemimpin yang cukup disayangi dan penggemar sukan tenis. Tanpa
disadari, Sultan Sulu itu pernah bekerja sebagai juruhebah radio.
Beliau
mencalonkan dirinya sebagai seorang
senator pada 2007 dengan sokongan mantan Presiden Gloria Macapagal Arroyo.
Namun
beliau kalah dan kerana itu hartanya pun habis kerana kempen pilihan raya
tersebut.
“Saya
adalah sultan termiskin di dunia ini,” ujar sultan berusia 74 tahun itu,
seperti dilapor Associated Press hari ini.
Anak
perempuannya, Jaycel menceritakan
bagaimana kisah masa kecilnya.
Jaycel
sendiri mengaku terkejut ketika mendengar khabar bahawa dirinya adalah seorang puteri
raja.
“Ketika
saya masih kecil, saya kira nama ‘Puteri’ adalah nama depan saya. Seorang
puteri (raja) umumnya mengenakan mahkota, memiliki istana dan kereta kuda,”
ujar Jaycel yang berusia 35 tahun.
Derita
buah pinggang dan jantung
Salah
satu hal yang menunjukan kejayaan Kiram
hanyalah gelaran sultan yang ada di depan nama panjangnya. Selain itu,
Kiram tidak memiliki apapun, selain pengikutnya yang sedang menduduki Sabah.
Kesihatan
Kiram juga mula memburuk, menderita buah
pinggang dan penyakit jantung. Kiram pun
sulit untuk bercakap. Biaya rawatan sultan itu ternyata cukup mahal, keluarga
Kiram dikhabarkan lupa membayar sewa rumah.
Di
masa muda, Kiram mengaku sering berkunjung ke Sabah. Ketika berada di wilayah
itu, Kiram merasa seperti berada di kampung halamannya sendiri.
Sabah
dan Sulu dipisahkan oleh sebuah selat di Laut Sulu. Perjalanan dari Sabah ke
Sulu juga hanya memakan waktu 30 minit dengan menggunakan kapal. Dua wilayah
itu memiliki banyak kesamaan, warga-warga dari Sulu mahupun Sabah juga saling
mengunjungi.
Kesultanan
Sulu ingin melihat kerajaan Filipina menuntut kembali wilayah Sabah. Menurut
Kiram, tuntutan itu penting kerana banyak pengikut Kesultanan Sulu yang diburu
oleh polis Malaysia di Sabah.
Kiram
cukup khuatir akan tindak balas para pengikutnya. (FMT)
Kenapa kuatir tindak balas pengikut sendiri . Yang aku kenal . Kaum sulu adalah kaum yang amat kuat berdendam . Dendam tujuh keturunan . Tak mustahil akan ada lagi siri balas dendam .serangan dengan apa cara sekalipun pasti terjadi . Pihak keselamatan perlu ambil perhatian . .
ReplyDelete