Oleh
: NIGEL AW
KETUA
polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata pasukan keselamatan Malaysia membunuh
seramai 31 orang penceroboh Sulu dalam pertempuran di Tanjung Batu pada Rabu
malam.
Katanya,
pasukan polis menerima laporan daripada komander di lapangan bahawa sejumlah
musuh ditembak dan dipercayai terbunuh.
Beliau
juga percaya, polis berjaya membunuh pemimpin kumpulan tersebut, berpangkat
jeneral, katanya dalam sidang media di Felda Sahabat.
Jumlah
penceroboh yang terbunuh setakat ini adalah 32 orang termasuk seorang di
Kampung Tanduo pagi ini.
Tiada
laporan sebarang kecederaan di pihak pasukan keselamatan Malaysia dalam
pertempuran tersebut.
Selain
daripada mengatakan bahawa 'jeneral' tersebut adalah pemimpin kumpulan itu,
Ismail tidak mengesahkan identitinya.
Bagaimanapun,
Azimuddie Kiram sebelum ini dilaporkan sebagai pemimpin kumpulan itu yang
membawa mereka menceroboh Sabah dan kemudiannya mengambilalih Kampung Tanduo,
Lahad Datu.
Ismail
berkata pasukan keselamatan belum dapat mengeluarkan mayat dari zon operasi.
Sehingga
ini, Ismail (kiri dalam foto) berkata sejumlah 52 musuh terbunuh di Lahad Datu
dan Semporna sejak awal krisis tersebut.
Selain
daripada 32 orang yang baru diumumkan terbunuh, seseorang dibunuh di Kampung
Tanduo pagi semalam, menjadi jumlah kematian di pihak musuh sejak Ops Daulat
dilancarkan Selasa kepada 33.
Sebelum
ini, 12 terbunuh dalam pertempuran awal di Kampung Tandou Kampung Jumaat lepas.
Di
samping itu, tujuh musuh dilaporkan terbunuh di Semporna pada hari Ahad.
Selain
lapan anggota polis yang terkorban sebelum operasi habis-habisan dilancar,
tidak ada anggota lain pasukan keselamatan yang terbunuh atau cedera, kata
Ismail.
Ini
bermakna jumlah kematian kedua-dua belah pihak sejak pertempuran awal dan
serangan berikutnya ialah 60 orang.
Beliau
juga mengumumkan bahawa Ops Daulat kini telah diperluaskan daripada Kampung
Tanduo dan Tanjung Batu, ke Tanjung Labian dalam gerakan pasukan keselamatan
memburu saki baki penceroboh.
Turut
hadir dalam sidang akhbar itu ialan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral
Zulkifeli Mohd Zin, yang berkata walaupun operasi itu diperluaskan ke
kawasan-kawasan lain, tetapi beberapa penceroboh masih bersembunyi di Kampung
Tandou. (MKINI)
No comments:
Post a Comment