IKRAR...Juslie mengetuai lebih 300 orang masyarakat
tempatan berikrar menyokong kerajaan dan pucuk pimpinan BN Pusat dan Negeri.
Oleh:
SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN
: Lebih 300 orang masyarakat keturunan
Suluk tempatan Sandakan yang diketuai
Ahli Parlimen Libaran Datuk Hj Juslie Ajirol
telah berikrar sentiasa menyokong dasar-dasar kerajaan yang memerintah
negara ini termasuk kepada pucuk pimpinan kerajaan pusat Datuk Seri Mohd Najib
Tun Abdul Razak dan pucuk pimpinan negeri Datuk Seri Musa Hj Aman.
Masyarakat
Suluk tempatan Sabah khususnya daerah Sandakan mengutuk sekeras-keras tindakan
kaum Sulu Filipina yang menceroboh negara ini khususnya di Lahad Datu dan
Semporna sehingga mengorbankan 10 orang
anggota keselamatan kita.
Kata
Juslie, ekoran tragedi di Lahad Datu perbuatan Jamalul Kiram III yang mengaku
dirinya adalah Sultan Sulu, maka sedikit sebanyak mencemarkan nama baik banga
Suluk di negara ini; khususnya di Sabah kononnya semua pengganas tersebut
adalah terdiri berbangsa Suluk.
“Bangsa
Suluk yang dilahirkan di Sabah orangnya bersopan santun berbudi bahasa; sama
ada dengan orang tua ataupun bangsa-bangsa lain dan jarang sekali membuat
sebarang perkara yang melanggari undang-undang negara dan ramai bangsa Suluk
yang menjadi pemimpin tinggi kerajaan sehingga ada yang menjadi menteri dan
wakil rakyat,” tegas Juslie.
Kata
Juslie, Bangsa Suluk memang mempunyai darah Satria, darah pahlawan. Contohnya seperti
Mat Salleh kerana beliau adalah seorang pahlawan yang gagah dan harus menjadi satu
kebanggaan kepada masyarakat Suluk; atas keberaniannya menentang penjajahan
British. Walaupun beliau gugur tetapi niat dia baik untuk mempertahankan kedaulatan negeri Sabah pada
masa itu disebut Koloni North Borneo.
“Bukan
seperti Jamalul Kiram III yang bertindak kononnya mahu menuntut Sabah tetapi
tidak mengikut lunas-lunas yang betul sehingga menceroboh dan mencetuskan kekecauan dan kecacauan di
negeri ini,” Ujarnya.
Juslie
menambah bukan semua bangsa Suluk dari Filipima yang ramai tinggal di negara ini
menyokong perjuangan sia-sia Jamalul Kiram itu
malahan; sebahagian dari mereka bersyukur dan berterima kasih kepada
kerajaan Malaysia kerana meneirma mereka tinggal di negara ini.
Mereka,
kata Juslie mendapat kesenangan yang berlipat ganda di mana anak-anak mereka
yang mendapat pendidikan tinggi sudahpun
bekerja di jabatan-jabatan kerajaan dengan memegang beberapa jawatan
penting.
Sebagai menghargai
dan mengenang jasa pengorbanan para perwira yang gugur di medan
pertempuran mempertahankan kedaulatan negara dari terus dicabuli dan diceroboh
oleh pengganas yang sedikitpun tidak ada rasa peri kemanusiaan; beliau telah
menerima derma hasil kutipan daripada beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM)
Libaran sebanyak RM1,500 untuk disumbangkan kepada Tabung Wira Lahad Datu
“Kita
sebagai insan yang penyayang, prihatin cintakan keamanan dan kemakmuran.
Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah supaya para tentera dan polis yang
kini sedang berada di perbatasan untuk
menentang musuh-musuh durajana itu sentiasa dilindungi Allah dan
semuanya keadaan selamat,” tambah Juslie.
Turut
hadir pada majlis Sumpah Ikrar tersebut yang diadakan di Ballroom disebuah
hotel terkemuka di sini ialah Timbalan
OCPD Fadhil Mohd Ali.
No comments:
Post a Comment