Sunday, 4 August 2013

SERAMAI 428 OKU LIBARAN MENERIMA SUMBANGAN RAYA




Oleh: Shaimon S Jumadi
 

HULUR SUMBANGAN....Juslia dan Zakaria bergambar dengan  sebahagian OKU masing-masing sambil menghulur sumbangan raya

SEBAGAI  insan yang normal dan waras seharusnya kita tidak meminggirkan golongan orang-orang istimewa (OKU)  kerana  pada hakikatnya mereka memang  tidak mahu dilahirkan sedemikian rupa oleh ibu-ibu mereka tetapi ini semuanya takdir Allah yang telah menentukan  segala-galanya kepada umatnya.


Namun sebaliknya kita harus menyayangi mereka seperti insan-insan yang lain terutama sekali pada musim Bulan Ramadan Almubarak  yang merupakan bulan rezeki dan bulan  berkat ini kita harus jangan lupa kepada golongan OKU untuk mereka sama-sama menyambut hari lebaran yang hanya tinggal berapa hari lagi ini.


Ahli Parlimen Kawasan Libaran Datuk Hj Juslie Ajirol  dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum-Gum yang juga selaku Pembantu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Hj Zakaria Hj Edris masing-masing menyatakan demikian sejurus selepas upacara  penyampaian sumbangan Hari Raya kepada golongan OKU seramai 428  orang yang diadakan di Masjid Nurul Aman Kg Gum-Gum dekat sini malam tadi.


Zakaria berkata  pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) memang sentiasa priharin terhadap golongan istimewa ini selain memberikan sumbangan sebegini kepada mereka bahkan kerajaan  juga telah membina kemudahan asas untuk menempatkan OKU untuk mereka di jaga dengan sebaik-baiknya.


Sementara  itu kata Juslie, sumbangan sebegini memang diberikan saban tahun  bukan saja kepada OKU, orang-orang tua  (Warga Emas) Ibu-Ibu tunggal dan golongan miskin tegar bahkan anak-anak Yatim  tidak ketinggalan menerima sumbangan raya yang sama ini untuk meringankan beban di samping untuk menggembirakan  mereka menyambut  suasana   hari lebaran ini.


Sambil itu Zakaria dan Juslie meminta jasa baik kepada golongan konglomerat (Koperat)  tampil ke depan  agar sama-sama memberikan bantuan sedemikian kepada golongan berkeperluan.

No comments:

Post a Comment