Tuesday, 12 July 2011

APA GUNANYA BERJUANG DALAM BN?



KABINET Persekutuan belum membuat keputusan berhubung cadangan Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), agar kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat masalah imigresen atau Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah.

Sehubungan itu, Presiden Upko Tan Sri Bernard Dompok berkata, parti itu akan terus membuat susulan bagi merealisasikan penubuhan suruhanjaya itu.

“Setakat ini Kabinet belum membuat sebarang keputusan, kita akan meneruskan agenda ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Tri-Tahunan Upko Bahagian Penampang di Dewan Masyarakat Penampang, di sini, kelmarin

Dompok berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini seruannya kepada kerajaan persekutuan untuk menubuhkan suruhanjaya itu, awal tahun ini.

Ditanya mengenai pandangan beliau mengenai kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menyatakan suruhanjaya itu tidak perlu ditubuhkan kerana kerajaan mempunyai mekanisme khusus bagi menanganinya, Dompok berkata: “Beliau (Hishammuddin) bukan satu-satunya yang membuat keputusan mengenai hal ini.”

“Oleh itu kita serahkan kepada kabinet untuk membuat keputusan,” katanya.

Sebelum ini, Hishammuddin dipetik sebagai berkata, Suruhanjaya Siasatan Diraja itu tidak perlu ditubuhkan kerana kerajaan sudah mewujudkan Makmal Pengurusan Warga Asing yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sejak tahun lalu bagi menyelesaikan pelbagai perkara berbangkit termasuk masalah imigresen di Sabah.

Terdahulu itu, ketika berucap Dompok berkata penubuhan suruhanjaya itu penting bagi menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan imigran di Sabah.

“Walaupun ada pihak-pihak tertentu yang merasakan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraya ini tidak wajar atau tidak logik tetapi bagi kita ia mesti ditubuhkan bagi mengatasi masalah imigran di negeri ini termasuk daftar pemilih.

“Dalam hal ini adalah tidak adil untuk mempersalahkan sepenuhnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kerana isu ini bukannya kesilapan SPR tetapi kelemahan pihak lain contohnya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana jabatan itu yang mengeluarkan kad pengenalan.

“Ini kerana kalau seseorang individu itu mempunyai kad pengenalan, SPR tidak dapat menolak mereka daripada menjadi pemilih.

“Terdapat beberapa kes tertentu yang berlaku sebelum ini, sebab itu kita minta supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja ini dijalankan oleh kerajaan. Apa guna kita berjuang dalam parti dan kerajaan sekiranya kita tidak dapat perjuangkan kes seperti ini,” katanya. (ST)

19 comments:

  1. RCI is not the only way to solve this problem.

    ReplyDelete
  2. betul cakap si dompok..seperti pemimpin2 sabah dianak tirikan..sama juga seperti Puad menabur janji2 kosong sebelum ini yang mana telah memperbodohkan rakyat sabah.

    ReplyDelete
  3. Larry, RCI memang bukan satu2 nya jalan penyelesaian kepada isu ini tetapi RCI adalah perlu ditubuhkan..

    ReplyDelete
  4. kabinet harus mendahulukan kemahuan rakyat sabah yang mahukan isu PATI di sabah diselesaikan melalui RCI dan bukannya cuba menutup penglibatan mana2 ahli politik yang sanggup menggadaikan keselamatan negara.

    ReplyDelete
  5. tak ada salah jg jika RCI ditubuhkan.

    ReplyDelete
  6. kenapa ya penubuhan RCI ni ditolak?

    ReplyDelete
  7. jika RCI ini dapat membantu menyelesaikan masalah pati, apa salahnya jika ia dilaksanakan.

    ReplyDelete
  8. diharapkan dengan usaha dan komitmen yang diberikan, masalah pati akan dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
  9. Unless you are UMNO then they will listen. Even though you are in BN but you are not UMNO, they will not entertain you. Is this how the cabinet want to look like?

    ReplyDelete
  10. Hope there will be more local leaders have the courage to speak out for the people.

    ReplyDelete
  11. Tak habis2 dengan politik. alahai, menyedihkan betul senario ni.

    ReplyDelete
  12. Paling penting semua pihak harus berusaha memerangi isu pati.

    ReplyDelete
  13. “Terdapat beberapa kes tertentu yang berlaku sebelum ini, sebab itu kita minta supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja ini dijalankan oleh kerajaan. Apa guna kita berjuang dalam parti dan kerajaan sekiranya kita tidak dapat perjuangkan kes seperti ini,” katanya.

    betul tu Dompok.

    ReplyDelete
  14. jadi berbalik kepada tajuk utama di atas...

    ReplyDelete
  15. kalau RCI dapat dilaksanakan serentak dengan 5P di sabah lagi mantap.. sudah tiba masanya kerajaan menyelesaikan masalah ini secara agresif.

    ReplyDelete
  16. Masih dalam perbincangan untuk menubuhkan SSD menangani PATI ini. Jadi kita tunggu saja apa yang akan dinyatakan.

    ReplyDelete
  17. Cuba dulu SSD ini mana tahu berkesan. Biarlah Sabah menjadi ujian untuk pertubuhan SSD ini. Demi menghapuskan PATI rakyat Sabah pasti sanggup menerima ada saja cara.

    ReplyDelete
  18. Apa gunanya berjuang dalam BN? Jawapannya, supaya cepat menjadi Kaya..ngam kah? Tapi jangan lupa, Pendatang asing INDIAN, PAKISTAN,IDONESIAN yg lebih teruk, telah membawa budaya rasuah keSabah, juga menjadi punca rakyat Sabah tidak mendapat layanan yg baik semasa berurusan dikaunter jabatan2 kerajaan.

    ReplyDelete
  19. Up to them what they want to do next.

    ReplyDelete