Saudara Pengarang,
UNTUK makluman, saya berasal dari Sandakan tetapi buat masa ini sedang bercuti di Kudat, Sabah. Pagi kelmarin, lebih kurang jam 10.30 pagi semasa memancing di jeti Sabah Port Kudat, saya ternampak sebuah lori yang berada di sebelah bot kumpit dalam keadaan yang mencurigakan.
Saya melihat dengan jelas ketika itu anak-anak kapal sedang memungah barang-barang (kotak-kotak) dari lori ke bot kumpit (Filipina) yang sebelum ini merapat ke jeti untuk memuat kayu belian, tetapi turut menyeludup keluar barangan kawalan bersubsidi seperti minyak masak, tong gas, gula dan sebagainya.
Saya harap pihak tuan dapat menghebahkan perkara ini di Sabahkini.net agar pihak berkuasa dapat membuat pemantauan dan menghalang penyeludupan keluar barang kawalan bersubsidi ke Filipina.
Salam Hormat,
PUTERA SANDAKAN
senangnya barang-barang ni diseludup keluar. tiadakah pihak berkuasa yang bertugas mengawal perairan di Kudat?
ReplyDeleteAdui kenapa pula repot kat sini??kenapa tak telefon saja polis masa tu??buat laporan di sini, kalau penjenayah baca, diorang tak akan buat di tempat yg sama lagi...alahai...
ReplyDeletePergilah buat laporan rasmi.
ReplyDeleteAiks bikin hairan. Takkan begitu senang penytuludupan berlaku. hhmm...
ReplyDeleteApapun, siasat perkara ini dan tangganilah secepat mungkin.
ReplyDeleteapa pun sebaiknya jika pemantauan sentiasa dilakukan.
ReplyDeleteHope that the police can take action to stop this.
ReplyDeleteKerana mereka inilah penarikkan subsidi berlaku. Jadi jika kenaikkan harga barang jangan salahkan kerajaan tapi salahkan mereka yang meyeludup ini.
ReplyDeletenampaknya penyeludupan berleluasa di Kudat, pihak berkuasa perlu ambil tindakan membanteras kegiatan tersebut.
ReplyDeletekalau pengadu buat laporan pada waktu itu mungkin barang2 bersubsidi kita masih sempat diselamatkan.
ReplyDelete