Friday 1 July 2011

PENYELUDUPAN BARANG SUBSIDI DI KUDAT



Saudara Pengarang,

UNTUK makluman, saya berasal dari Sandakan tetapi buat masa ini sedang bercuti di Kudat, Sabah. Pagi kelmarin, lebih kurang jam 10.30 pagi semasa memancing di jeti Sabah Port Kudat, saya ternampak sebuah lori yang berada di sebelah bot kumpit dalam keadaan yang mencurigakan.

Saya melihat dengan jelas ketika itu anak-anak kapal sedang memungah barang-barang (kotak-kotak) dari lori ke bot kumpit (Filipina) yang sebelum ini merapat ke jeti untuk memuat kayu belian, tetapi turut menyeludup keluar barangan kawalan bersubsidi seperti minyak masak, tong gas, gula dan sebagainya.

Saya harap pihak tuan dapat menghebahkan perkara ini di Sabahkini.net agar pihak berkuasa dapat membuat pemantauan dan menghalang penyeludupan keluar barang kawalan bersubsidi ke Filipina.

Salam Hormat,

PUTERA SANDAKAN

10 comments:

  1. senangnya barang-barang ni diseludup keluar. tiadakah pihak berkuasa yang bertugas mengawal perairan di Kudat?

    ReplyDelete
  2. Adui kenapa pula repot kat sini??kenapa tak telefon saja polis masa tu??buat laporan di sini, kalau penjenayah baca, diorang tak akan buat di tempat yg sama lagi...alahai...

    ReplyDelete
  3. Pergilah buat laporan rasmi.

    ReplyDelete
  4. Aiks bikin hairan. Takkan begitu senang penytuludupan berlaku. hhmm...

    ReplyDelete
  5. Apapun, siasat perkara ini dan tangganilah secepat mungkin.

    ReplyDelete
  6. apa pun sebaiknya jika pemantauan sentiasa dilakukan.

    ReplyDelete
  7. Hope that the police can take action to stop this.

    ReplyDelete
  8. Kerana mereka inilah penarikkan subsidi berlaku. Jadi jika kenaikkan harga barang jangan salahkan kerajaan tapi salahkan mereka yang meyeludup ini.

    ReplyDelete
  9. nampaknya penyeludupan berleluasa di Kudat, pihak berkuasa perlu ambil tindakan membanteras kegiatan tersebut.

    ReplyDelete
  10. kalau pengadu buat laporan pada waktu itu mungkin barang2 bersubsidi kita masih sempat diselamatkan.

    ReplyDelete