Friday 1 July 2011

SESB SEDIA BAYAR PAMPASAN



Oleh : CHANG SHAK HUNG

GANGGUAN bekalan elektrik yang berterusan di Sandakan sejak akhir-akhir ini mengulangi sejarah silam ketika Sandakan mengalami keruncingan bekalan elektrik sehingga wartawan Sabahkini.net dihujani dengan panggilan telefon dan SMS untuk membuat aduan setelah aduan mereka kepada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) tidak diendahkan.

Khidmat masyarakat yang dianjurkan Sabahkini.net selama ini teleh memudahkan wartawan merujuk kepada pihak yang berwajib bagi mendapatkan lanjut berhubung beberapa perkara yang membabitkan kepentingan awam, serta tidak diketahui oleh kebanyakan pihak.

Wartawan telah mengajukan persoalan-persoalan tersebut pada 27 Jun 2011 dan telah mendapat respon positif daripada Pengurus Besar Operasi SESB, Addie Ahmad, berhubung beberapa kemusykilan.

Persoalan utama yang dititikberatkan adalah pertanyaan berhubung bayaran ganti rugi bagi peralatan elektrik di rumah; peralatan pejabat seperti komputer, mesin faksimili, mesin fotokopi di pejabat; jentera dan mesin di lokasi tempat kerja yang rosak akibat daripada kejadian gangguan elektrik yang kerap berlaku.

Melalui jawapan kepada persoalan ini, Sabahkini.net dimaklumkan bahawa para pengguna boleh mendapatkan hak gantirugi daripada pihak SESB melalui saluran dan prosedur yang telah ditetapkan.

Para pengguna hendaklah membuat laporan polis sendiri dan menulis satu surat ringkas yang ditandatangani oleh pihak yang membuat tuntutan kepada pihak SESB; berikan tujuan surat ini dibuat serta senaraikan peralatan elektrik yang rosak akibat daripada gangguan elektrik. Pihak SESB akan menyiasat laporan tersebut dengan meninjau ke lokasi seperti di rumah, pejabat atau lokasi berlakunya kerosakan tersebut.

Selain itu juga, Sabahkini.net juga telah mendapat aduan daripada pengusaha-pengusaha makanan laut untuk pasaran eksport dan para pengusaha kedai-kedai roti yang ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak berwajib; sekiranya produk mereka telah rosak akibat daripada gangguan bekalan elektrik, adakah mereka bakal mendapatkan pampasan atau gantirugi?

Persoalan tersebut telah dirujuk kepada Addie dan melalui jawapan yang diberikan, sekiranya mereka mempunyai asas tertentu, mereka boleh berbuat demikian. Proses yang sama juga perlu dilakukan iaitu membuat laporan polis serta dilampirkan dengan surat dan dihantar ke pejabat SESB. Pihak SESB akan membuat siasatan berhubung dengan perkara yang diajukan.

Sabahkini.net juga telah mendapatkan respon memberangsangkan daripada orang awam yang mendesak supaya lampu-lampu jalan di taman perumahan yang sedang dalam pembinaan dan belum dihuni, supaya tidak dihidupkan bagi menjimatkan elektrik.

Bagaimanapun, Addie memaklumkan bahawa SESB hanya membekalkan elektrik dan pihak pemaju boleh menghidupkan lampu jalan demi keselamatan dan tidak tertakluk di dalam Sijil Layak Menduduki (OC) supaya tidak menghidupkan lampu jalan sebelum mendapat OC.

Addie juga memaklumkan bahawa Sandakan telah mempunyai genset yang berkapisiti 70MW dan digunakan untuk East Coast Grid iaitu meliputi kawasan di Sandakan, Lahad Datu, Tawau, Beluran, Kinabatangan dan Kunak.

Maklumat tambahan yang telah diberikan Addie kepada Sabahkini.net begitu konsisten terutama memberi informasi kepada setiap pengguna tanpa mengira kaum, bangsa dan agama serta fahaman politik.

Paling penting, mereka yang hidup di Sandakan ini wajar mendapat hak mereka sebagai pembayar cukai dan sebagai pengguna yang berhemah dan pegawai bertanggung jawab seperti Addie sentiasa tampil memberi penjelasan.

10 comments:

  1. bagusla kalau SESB sedia memberi pampasan. harap pihak SESB akan dapat memperbaiki gangguan bekalan elektrik dari masa ke semasa.

    ReplyDelete
  2. Ternyata SESB sudah berubah dari sebuah syarikat utiliti yg bermasalah kepada sebuah syarikat yg boleh dipercayai pada hari ini...Tahniah kepada mereka!!

    ReplyDelete
  3. Bagus. Ini satu langkah proaktif daripada SESB.

    ReplyDelete
  4. Bagusla bah. Itu namanya bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  5. Semoga lepas ni SESB akan terus berusaha memperbaiki gangguan bekalan elektrik.

    ReplyDelete
  6. harap masalah gangguan bekalan elektrik akan dapat diatasi.

    ReplyDelete
  7. The people should make claims if there are any damages caused by the electricity disruptions.

    ReplyDelete
  8. Elektrik merupakan satu keperluan juga bagi penduduk. SESB memainkan peranan untuk memastikan bekalan lektrik ini cukup untuk penduduk.

    ReplyDelete
  9. syarikat SESB benar2 syarikt yang amat bertanggungjawab. bersedia untuk membayar pampasan kepada pengguna.

    ReplyDelete
  10. kalau bukan Sabahkini, mungkin ramai peniaga yang tidak tahu bahawa mereka boleh menuntut ganti rugi... saya juga baru tahu hal ini:)

    ReplyDelete