Friday 1 July 2011

TOKOH MALAYSIA BERJAYA CAIRKAN WANG MARCOS



Oleh : JOSEPH G. DELPOGO

PELUANG bertemu rakan lama saya, Pegawai Tinggi Kerajaan Filipina yang berkunjung ke Kuala Lumpur pada 28 Jun lalu; sejurus selepas beliau bertemu dengan Pegawai Turus Kerajaan Malaysia begitu mengujakan, terutama rahsia yang tersimpan sejak 2007.

Menurut Pegawai tersebut, Tokoh Politik Malaysia telah dikunjungi Peguam Kanan Emelda di rumah tokoh berkenaan di Kuala Lumpur sebelum mereka ke Manila dan bersama-sama Emelda ke Switzerland untuk mengeluarkan wang Marcos yang dibekukan Kerajaan Filipina.

Menurut Pegawai tersebut, beliau telah diserahkan gambar pertemuan antara tokoh politik berkenaan dengan Peguam Emelda dan berjanji akan memberikan satu salinan eksklusif untuk Sabahkini.net.

Dengan wang tersebut, Emelda dan anak-anaknya berjaya memenangi kerusi yang mereka tandingi pada pilihanraya umum Filipina yang lalu.

Sabahkini.net akan menyiarkan nama dan gambar tokoh berkenaan dalam keluaran akan datang sekalipun menerima pelbagai ancaman daripada pihak tertentu selepas siri pertama pendedahan berkenaan.

11 comments:

  1. Hebat juga pengaruh tokoh M'sia tu ya.

    ReplyDelete
  2. Tak sabar nak tahu tokoh M'sia tu. Mungkin pendedahan ini akan menjadi titik permulaan untuk membongkar rahsia2 besar.

    ReplyDelete
  3. Rakyat sudah tertanya-tanya siapakah tokoh yang dimaksudkan.

    ReplyDelete
  4. Adakah Sabahkini.net tidak rasa terancam jika mendedahkan identiti tokoh tersebut?

    ReplyDelete
  5. dedahkan saja siapa orang tersebut, rakyat ingin tau dan pastikan pendedahan ada bukti kukuh.

    ReplyDelete
  6. entah benar atau tidak cerita ni...apa pun tunggu dan lihat sajalah.

    ReplyDelete
  7. Kita tunggu saja bukti yang akan diberikan oleh SabahKini.Net.

    ReplyDelete
  8. We should just wait for further proof.

    ReplyDelete
  9. saya tunggu keluaran yang seterusnya..

    ReplyDelete
  10. bila keluaran seterusnya akan disiarkan? tak sabar menanti.

    ReplyDelete
  11. harap ini bukan sekadar khabar angin.

    ReplyDelete